Sunday, 14 October 2012

GSC Team Building @ Bukit Gambang

 Assalamualaikum..

Halooo... Last weekend company aku ade team building kat Bukit Gambang Kuantan. Semua staff diWAJIBkan pergi.. So, bila dah cakap wajib ni tak ada pilihan la kan. Dalam rela paksa tu aku pon pergi. Kitorang semua stay kat Caribbean Resort, ok la tempat dia. First day aktiviti bebas, so aku pegi water park la. Aku dah pernah pergi ngan family 2 tahun lepas, so rasa biasa jela. Main-main air je.. Program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. Hari kedua kami semua berteam building dalam dewan seminar la. Biasa la kan, sesi suai kenal and the best part masa main game petang tu dengan fasilitator. Setiap kumpulan ditugaskan  menyiapkan satu  stretcher dan dengan stretcher tu kami semua dikehendaki mengangkat ahli kumpulan yang paling berat. Agak mencabar yer sebab semua barang-barang untuk siapkan stretcher ni  sudah disorok terlebih dahulu and setiap kumpulan kena cari menggunakan kompas yang disediakan. Berpeluh-peluh la aku ni nak cari buluh and kain yang diorang sorok. Last part paling seksa bila kena angkat manusia paling berat dalam group.. Mak aihhh, nak tercabut tangan and kaki aku ni. Ape pun best la game tu. hehe.. Hari last macam biasalah ada Telematch. Kumpulan aku ade gak la dapat hadiah. Kira hebat la kan. Aku letak gambar-gambar je la sikit kan, nak cerita semua panjang sangat. Baii...












2 comments: