Saturday 29 December 2012

GSC Year End Dinner @ Alexis Garden

Pejam celik pejam celik, tak sangka kita semua dah berada di hujung tahun 2012 pon kan. So, as usual, bila hujung tahun kebanyakan company mesti ada buat jamuan makan-makan. Tahun ni company aku celebrate year end dinner dekat Alexis Garden. Makanan kat sana boley la tahan sedapnya. Dah tak pakai duit sendiri, semua jadi sedap kan. hahaha.. After makan-makan, ada la sikit lucky draw. Lucky draw ni hadiahnya Jusco Voucher. Semua orang akan dapat cuma depends dengan luck korang la dapat berapa. Dalam berdebar-debar cabut undi tu, aku akhirnya dapat la jusco voucher bernilai RM250. Alhamdulillah syukur. Boley la buat beli baju baru barang sehelai dua. Hehe.. Layan je la gambar-gambar time dinner tu yer.













P/s : Semalam dapat Bonus, harini nak shopping sampai lebam..tata


Wednesday 19 December 2012

GSC Family day & Gala Premiere CZ 12

Assalamualaikum.. 
Weekend baru ni company aku ada celebration untuk family day. Dari apa yang aku tahu, bagi kebanyakan company, bila sebut Family day je mesti diorang keluar berjalan-jalan, ada aktiviti sukan, makan-makan mewah dan sebagainya kan? Tapi kat GSC semua perkara memang tak boleh dipisahkan dengan menonton wayang yer. So, Family day bagi kami adalah makan dan menonton wayang. hehe..Biasanya kami celebrate Family day ni 2 kali setahun. Best kan!!

 So, Ahad lepas bertempat di GSC Pavillion telah berlangsungnya GSC Family day dan sekaligus malam Gala untuk movie CZ 12 lakonan Jackie Chan. Aku dengar cerita Jackie Chan terus excited nak join. Yang tambah seronoknya, Jackie Chan sendiri datang Malaysia tau untuk promosi filem tersebut. And as a distributor untuk movie CZ 12, kami semua berpeluanglah bertemu 4 mata dengan Uncle Jackie Chan yang kacak bergaya tu.

Chinese Zodiak 12
 
 Sebab family aku jauh beribu batu, so aku dibenarkan bawak sorang partner and semestinya aku bawak Encik Boyfriend sebagai teman. Hehe..


After makan-makan, semua bergerak ke hall untuk tengok wayang. Masuk hall tunggu la Jackie Chan datang dengan 2 lagi pelakon perempuan dalam movie tu. Jackie Chan sangat sweet. Aku minat betul la tengok dia belakon.




 Untuk pengetahuan semua, filem ni khabarnya adalah filem aksi terakhir Jackie Chan. So, mesti korang nak aku wat review untuk cerita ni kan. Haha. perasan kan. Ok, filem ni bagi aku best giler. Aku suka sangat. Aksi lawan-lawan memang banyak giler la. Cerita ni panjang dalan 2 jam lebih. Ada jugak la macam tak logik sikit cerita ni, tapi dah namanya cerita kan. haha.. But,seriously, kalau korang peminat cerita aksi, korang wajib tonton filem ni. Aku bagi 4.5/5 untuk filem CZ 12 ni. Jangan lupa tengok filem ni bermula 16 Disember ni yer.

Babai


Friday 14 December 2012

Maha 2012


 Maha dah lama habis pon, tapi baru nak publish kan. Haritu pergi Maha kat Serdang ngan housemate, Angah and my best buddy Izie!! Yeaa.. Izi ni my best friend from Sabah. Kebetulan dia datang KL tuk celebrate konvo adik dia kat Shah Alam, so aku ajak la dia join skali kitorang pegi Maha ni. Sajer je sebenarnya nak tempek gambar sikit kan. Hehe..











Friday 7 December 2012

HEPY BESDAY TO ME... :)

1st December 2012 - Its my birthday.!! 

But nothing special pon.. no celebration, no cake, no gift..just me alone.. Sedey kan. Takpelah.. Yang penting aku bersyukur Tuhan masih beri aku kesempatan untuk hidup sampai hari ni.. Aku dah 25 tahun wehhh..Hahaha.. Baru terasa tua tau. Eh, silap, terasa sedikit dewasa.. 




Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri.. Aku harap aku menjadi lebih dewasa lepas ni dari segala segi.. Hope Tuhan makbulkan doa aku bertemu suami yang mampu membimbing aku dunia akhirat. Itu saja yang aku pinta. :)

P/s : esok nak pergi cari hadiah utuk diri sendiri.. 


xoxo
SALIZA

Thursday 29 November 2012

Gala Premiere Lagenda Budak Setan 2


Haloo.. 
Hari selasa 27 Nov, after balik kerja aku sempat lari kejap pergi preview Lagenda Budak Setan 2 kat GSC Pavillion . Aku pergi sana naik monorail. Housemate aku, Angah datang dari rumah untuk join aku sekali kat sana nanti. Actually, preview start pukul 9 malam. Tapi, sebab haritu hujan lebat giler, preview postpone sampai jam 10 tau! Adoii, lama sangat kena tunggu.



cekak pinggang utk effect kurus yer..
with Angah

Barisan pelakon utama, Bront Palare, Maya Karin n Farid Kamil

Ning Baizura nyanyi lagu OST "sejati"

Adira, putih betul dia, nyanyi OST gak. 

Ngan adik Mia yang comel !

After dah habis tengok, aku rasa cerita ni ok je la. Tapi most review yang aku baca cakap cerita ni best sangat. Lain orang lain cita rasa kan or maybe aku ni kurang pandai menilai filem kot. hahaha.. Bagi aku jalan ceritanya mendatar sangat. Tapi aku tak maksudkan cerita tu tak best langsung la. Pelakon-pelakon dia semua hebat-hebat. Lakonan diorang semua mantap-mantap la, cuma maybe sebab cerita ni adaptasi dari novel, so, jalan cerita dia nampak macam nak cepat jer. Itu pendapat aku la. Ada gak part yang sedih sikit, kira ok la kan. Hehe..Bagi siapa-siapa yang pernah baca novel dia, aku tau korang mesti tunggu nak tengok cerita ni sebab yang aku tau cerita ni sebijik dalam novel. Takda tukar jalan cerita langsung. Pape pon, selamat menonton Lagenda Budak Setan 2 di pawagam berhampiran anda bermula 29 November ni.

Babai..

Monday 12 November 2012

Gold Class Skyfall

Semalam aku pergi tengok movie ngan Encik Boyfriend kat GSC Pavillion. Aku tengok cerita Skyfall. Ala, yang James Bond 007 tu. Yang menariknya aku tengok wayang tiket gold class tau.. haha.. Kau mampu? Aku pon tak mampu kalau guna duit sendiri la.. Eh, silap la..bukan tak mampu, tak nak membazir la sebab korang pon tahu kan tiket gold class tu mahal. Okey, kalau korang belum tahu, aku ni keje kat head office Golden Screen Cinemas Sdn Bhd. So, setiap tahun aku dapat la pass Gold Class untuk 2 seats. Yeaa.. setahun sekali je ok. So, mesti pilih cerita yang betul-betul gempak. haha.. Sapa- sapa yang belum pernah try beli tiket Gold Class, aku suggest korang try la sekali sebab memang giler best la seat die. Siap ade selimut bagai lagi. Memang rasa nak tido la kat situ. 




Tapi.. cerita tu tak macam yang aku harapkan. -____-  Rasa biasa jer.. ke aku sorang je yang rasa camtu? or maybe aku expect terlalu tinggi kot untuk cerita tu.. hehe..

Bai...

Sunday 11 November 2012

Holiday @ Langkawi Island!

Assalamualaikum.. Haa..Lama dah rasanya tak menulis. Biasalah, lately ni aku busy sikit. Btw,aku baru balik dari holiday kat Pulau Langkawi last weekend. Akak aku yang sponsor holiday ni sebab dia dapat bonus besar gilerr. Mak aku la seronok sangat sebab dah lama sangat nak pergi Langkawi. Aku plak before ni aku dah pernah pergi sana ngan kawan-kawan masa study dulu, tapi orang dah nak belanja takkan nak lepaskan peluang plak kan. hehe.. Masa first time datang Langkawi dulu, aku naik flight, so tak la rasa penat sangat. 45 minit je dah sampai. Tapi, kali ni aku pergi naik ferry. Ya Allah, krem buntot kot duduk dalam kereta lama-lama sebelum sampai kat Jetty Kuala Perlis tu. hehe.. Kitorang sampai jetty lebih kurang pukul 12 tengah malam, so, malam tu tidur dulu kat T Hotel betul-betul menghadap jetty tu. Satu malam die caj RM89 sahaja. Esoknya, dalam pukul 8 pagi  aku dah beratur nak beli tiket feri, tapi alangkah hampanya sebab tiket yang paling awal pon pukul 1045 pagi. Rupa-rupanya orang dah beratur since pukul 6 pagi lagi. Okey, untuk sapa-sapa yang belum pernah naik ferry lagi untuk ke Langkawi, aku bagitau la harga tiket die ok. Harga tiket ferry sehala bagi dewasa adalah RM18, and untuk kanak-kanak 3 hingga 12 tahun berharga RM13. 


Ni kat T Hotel masa tengah tunggu ferry sampai.
Akak and mak aku.

Hakimi yang nakal

Nak dijadikan cerita tragisnya lagi, ferry yang sepatutnya sampai pukul 1045 pagi tu rosak pulak. Adoiii, lebih kurang jam 12 tengahari baru boleh naik ferry. Dah la memang lambat, bertambah lagi lambat. Bengang tak yah cakap la kan. Tapi ternyata Tuhan masih memberi kami tahap kesabaran yang tinggi. hehe.. Sampai kat sana je kitorang terus ambil kereta sewa yang memang dah lama book sebelum datang Langkawi. Memandangkan jumlah kami yang ramai, kami sewa satu van persiaran yang panjang. Harga bagi sewa van adalah RM150 sehari. Perjalanan diteruskan ke apartment yang telah disewa. Kitorang memilih Lagenda Apartment untuk penginapan 3 hari 2 malam tu memandangkan harga yang ditawarkan agak berpatutan iaitu RM350 untuk 2 malam. Apartment ni best sangat sebab ada 3 bilik and ketiga-tiga bilik tu besar tau. Ada swimming pool lagi kat bawah tu.

After rehat-rehat dalam sejam, kitorang terus keluar jalan-jalan. Destinasi pertama adalah Idaman Suri yang memang famous kat Langkawi ni. Mak and akak- akak aku seonok sangat beli barang-barang keperluan dapur. Murah giler kot kat sini. Aku yang belum kahwin ni pun naik kelabu bijik mata memilih barang-barang. Pendek kata, memang berbaloi la semua harga barang-barang dia. 





After shopping, malam tu singgah pasar malam, balik apartment and tidur. Esoknya, pagi-pagi lagi kitorang bangun and teruskan ekspedisi jalan-jalan kat Langkawi ni. Tempat pertama pergi kat Dataran Lang. Biasalah kan, kalau tak pergi Dataran Lang ni tak sah la kan pergi Langkawi. Kitorang pergi semata-mata nak ambil gambar je buat kenangan. 



Family aku.

my sister n me.


Pastu sambung perjalanan pergi ke Beras Terbakar. Kat sana baju murah-murah tau. Mak and akak aku je yang beli banyak kain batik and baju- baju kat sana. Aku tengok-tengok je. Then, after shopping baju-baju, kitorang pegi plak ke Haji Ismail Group untuk sambung shopping pinggan mangkuk semalam. Hahaha.. Dah namanya perempuan kan. Aku beli banyak chocolate je kat sana. Habis dekat RM200 jugak untuk beli chocolate. Tapi yang banyaknya member-member yang kirim sebab aku memang kurang minat makan chocolate ni. hehe.. Mak aku siap beli beg troli besar lagi untuk masukkan barang-barang dia nanti. Beg troli yang besar giler tu cume RM55 jer. Betul-betul murah la barang-barang kat sini. Tapi, kalau tanya aku, secara jujurnya aku jawab Idaman Suri lagi best sebab tempat dia luas and lebih teratur susunannya. Malamnya kitorang makan ikan bakar and balik apartment kemaskan barang-barang masuk dalam beg sebab esok dah nak balik KL. 





Dekat jetty sebelum balik naik ferry.


Selamat Tinggal Langkawi, tahun depan pasti datang lagi.!!

Friday 26 October 2012

Gala Premiere Istanbul Aku Datang

Hari Rabu lepas aku dapat invitation untuk pergi ke Gala Premiere Istanbul Aku Datang kat GSC Pavilion. So, aku ajak Encik Boyfriend pergi teman aku. 


Say Hi to Encik Boyfriend!
Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang.


Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya. Dian lakonan Lisa Surihani sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat dengan kekasih hatinta, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana. Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto. Siapakah pilihan Dian? Farouk atau Harris? Haaa.. Nanti korang tengokla yer.. 


Pendapat aku sendiri filem ni best and Lisa nampak sangat comel dalam filem ni.





Nape semua gambar Encik Bf ngan artis je? Gambar aku mana? Takde sebab aku jadi photographer haritu. hehe.. Masa kitorang masuk tengok wayang pon Lisa belum sampai, tak dapat la nak jumpa Lisa. 

On the way balik, aku and Encik Bf jalan-jalan kat Pavilion maklumlah dah lama tak datang sini. 








Wahhh, hebatnya bf aku!

Tata..Titi..Tutu..