Wednesday 19 December 2012

GSC Family day & Gala Premiere CZ 12

Assalamualaikum.. 
Weekend baru ni company aku ada celebration untuk family day. Dari apa yang aku tahu, bagi kebanyakan company, bila sebut Family day je mesti diorang keluar berjalan-jalan, ada aktiviti sukan, makan-makan mewah dan sebagainya kan? Tapi kat GSC semua perkara memang tak boleh dipisahkan dengan menonton wayang yer. So, Family day bagi kami adalah makan dan menonton wayang. hehe..Biasanya kami celebrate Family day ni 2 kali setahun. Best kan!!

 So, Ahad lepas bertempat di GSC Pavillion telah berlangsungnya GSC Family day dan sekaligus malam Gala untuk movie CZ 12 lakonan Jackie Chan. Aku dengar cerita Jackie Chan terus excited nak join. Yang tambah seronoknya, Jackie Chan sendiri datang Malaysia tau untuk promosi filem tersebut. And as a distributor untuk movie CZ 12, kami semua berpeluanglah bertemu 4 mata dengan Uncle Jackie Chan yang kacak bergaya tu.

Chinese Zodiak 12
 
 Sebab family aku jauh beribu batu, so aku dibenarkan bawak sorang partner and semestinya aku bawak Encik Boyfriend sebagai teman. Hehe..


After makan-makan, semua bergerak ke hall untuk tengok wayang. Masuk hall tunggu la Jackie Chan datang dengan 2 lagi pelakon perempuan dalam movie tu. Jackie Chan sangat sweet. Aku minat betul la tengok dia belakon.




 Untuk pengetahuan semua, filem ni khabarnya adalah filem aksi terakhir Jackie Chan. So, mesti korang nak aku wat review untuk cerita ni kan. Haha. perasan kan. Ok, filem ni bagi aku best giler. Aku suka sangat. Aksi lawan-lawan memang banyak giler la. Cerita ni panjang dalan 2 jam lebih. Ada jugak la macam tak logik sikit cerita ni, tapi dah namanya cerita kan. haha.. But,seriously, kalau korang peminat cerita aksi, korang wajib tonton filem ni. Aku bagi 4.5/5 untuk filem CZ 12 ni. Jangan lupa tengok filem ni bermula 16 Disember ni yer.

Babai


1 comment:

  1. This movie was a total joyride, especially for J.C. fans. From the story narration in the beginning to the end the movie is action packed, hilarious and funny. Though it loses some grip in the second half, it can surely be overlooked. The opening stunt where J.C. body-skates in the mountains & tunnels was awesome. Paris was beautifully captured, and locations were picturesque. The viewers watching the English version might have problems with too many French & Mandarin Chinese dialogues but the Hindi dubbed version went very well. The most humorous & hilarious portion was when the team visits the remote island to find the 'Indestructible' & Katherine's great-grandfather's remains & tackle the pirates as well as the villains. The gadgets & technology shown were nice. The following action sequences were much for viewer's delight and the ultimate sequence was the mission 'Let the Dragon Fly' where they also made the Dragon posture while skydiving. The kids are surely going to enjoy it. (CAUTION: A one-time watch)

    ReplyDelete