Saturday 29 December 2012

GSC Year End Dinner @ Alexis Garden

Pejam celik pejam celik, tak sangka kita semua dah berada di hujung tahun 2012 pon kan. So, as usual, bila hujung tahun kebanyakan company mesti ada buat jamuan makan-makan. Tahun ni company aku celebrate year end dinner dekat Alexis Garden. Makanan kat sana boley la tahan sedapnya. Dah tak pakai duit sendiri, semua jadi sedap kan. hahaha.. After makan-makan, ada la sikit lucky draw. Lucky draw ni hadiahnya Jusco Voucher. Semua orang akan dapat cuma depends dengan luck korang la dapat berapa. Dalam berdebar-debar cabut undi tu, aku akhirnya dapat la jusco voucher bernilai RM250. Alhamdulillah syukur. Boley la buat beli baju baru barang sehelai dua. Hehe.. Layan je la gambar-gambar time dinner tu yer.













P/s : Semalam dapat Bonus, harini nak shopping sampai lebam..tata


Wednesday 19 December 2012

GSC Family day & Gala Premiere CZ 12

Assalamualaikum.. 
Weekend baru ni company aku ada celebration untuk family day. Dari apa yang aku tahu, bagi kebanyakan company, bila sebut Family day je mesti diorang keluar berjalan-jalan, ada aktiviti sukan, makan-makan mewah dan sebagainya kan? Tapi kat GSC semua perkara memang tak boleh dipisahkan dengan menonton wayang yer. So, Family day bagi kami adalah makan dan menonton wayang. hehe..Biasanya kami celebrate Family day ni 2 kali setahun. Best kan!!

 So, Ahad lepas bertempat di GSC Pavillion telah berlangsungnya GSC Family day dan sekaligus malam Gala untuk movie CZ 12 lakonan Jackie Chan. Aku dengar cerita Jackie Chan terus excited nak join. Yang tambah seronoknya, Jackie Chan sendiri datang Malaysia tau untuk promosi filem tersebut. And as a distributor untuk movie CZ 12, kami semua berpeluanglah bertemu 4 mata dengan Uncle Jackie Chan yang kacak bergaya tu.

Chinese Zodiak 12
 
 Sebab family aku jauh beribu batu, so aku dibenarkan bawak sorang partner and semestinya aku bawak Encik Boyfriend sebagai teman. Hehe..


After makan-makan, semua bergerak ke hall untuk tengok wayang. Masuk hall tunggu la Jackie Chan datang dengan 2 lagi pelakon perempuan dalam movie tu. Jackie Chan sangat sweet. Aku minat betul la tengok dia belakon.




 Untuk pengetahuan semua, filem ni khabarnya adalah filem aksi terakhir Jackie Chan. So, mesti korang nak aku wat review untuk cerita ni kan. Haha. perasan kan. Ok, filem ni bagi aku best giler. Aku suka sangat. Aksi lawan-lawan memang banyak giler la. Cerita ni panjang dalan 2 jam lebih. Ada jugak la macam tak logik sikit cerita ni, tapi dah namanya cerita kan. haha.. But,seriously, kalau korang peminat cerita aksi, korang wajib tonton filem ni. Aku bagi 4.5/5 untuk filem CZ 12 ni. Jangan lupa tengok filem ni bermula 16 Disember ni yer.

Babai


Friday 14 December 2012

Maha 2012


 Maha dah lama habis pon, tapi baru nak publish kan. Haritu pergi Maha kat Serdang ngan housemate, Angah and my best buddy Izie!! Yeaa.. Izi ni my best friend from Sabah. Kebetulan dia datang KL tuk celebrate konvo adik dia kat Shah Alam, so aku ajak la dia join skali kitorang pegi Maha ni. Sajer je sebenarnya nak tempek gambar sikit kan. Hehe..











Friday 7 December 2012

HEPY BESDAY TO ME... :)

1st December 2012 - Its my birthday.!! 

But nothing special pon.. no celebration, no cake, no gift..just me alone.. Sedey kan. Takpelah.. Yang penting aku bersyukur Tuhan masih beri aku kesempatan untuk hidup sampai hari ni.. Aku dah 25 tahun wehhh..Hahaha.. Baru terasa tua tau. Eh, silap, terasa sedikit dewasa.. 




Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri.. Aku harap aku menjadi lebih dewasa lepas ni dari segala segi.. Hope Tuhan makbulkan doa aku bertemu suami yang mampu membimbing aku dunia akhirat. Itu saja yang aku pinta. :)

P/s : esok nak pergi cari hadiah utuk diri sendiri.. 


xoxo
SALIZA