Friday 26 October 2012

Gala Premiere Istanbul Aku Datang

Hari Rabu lepas aku dapat invitation untuk pergi ke Gala Premiere Istanbul Aku Datang kat GSC Pavilion. So, aku ajak Encik Boyfriend pergi teman aku. 


Say Hi to Encik Boyfriend!
Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang.


Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya. Dian lakonan Lisa Surihani sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat dengan kekasih hatinta, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana. Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto. Siapakah pilihan Dian? Farouk atau Harris? Haaa.. Nanti korang tengokla yer.. 


Pendapat aku sendiri filem ni best and Lisa nampak sangat comel dalam filem ni.





Nape semua gambar Encik Bf ngan artis je? Gambar aku mana? Takde sebab aku jadi photographer haritu. hehe.. Masa kitorang masuk tengok wayang pon Lisa belum sampai, tak dapat la nak jumpa Lisa. 

On the way balik, aku and Encik Bf jalan-jalan kat Pavilion maklumlah dah lama tak datang sini. 








Wahhh, hebatnya bf aku!

Tata..Titi..Tutu..

Tuesday 23 October 2012

Keychain for niece

Hai.. Bosan-bosan duduk rumah, aku siapkan satu keychain untuk anak sedara aku semalam.. Die request keychain muka kartun and inilah hasilnya. Ok tak? hehe..







Tata..

Tuesday 16 October 2012

Ronda-ronda Kuala Lumpur


Hari Sabtu lepas, aku and housemate aku plan nak jalan-jalan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang besar ni. So, pagi-pagi lagi kitorang dah bangun siapkan diri. Kitorang pergi bertiga. Aku, Angah and Fieza. Cadangnya kami nak pegi Central Market pastu singgah Pudu Sentral, pastu nak pegi PWTC and last skali nak pegi Kenangan wholesale. Dapat tak agaknya pergi semua tempat ni.. hehe.. dapat pegi 3 tempat je sebab dah terlampau letih. Kenanga wholesale tu aku pegi esoknya pulak. haha.. Ok, kitorang bertiga pergi naik train. Giler kau nak rempuh jem pergi jalan-jalan kat Kuala Lumpur naik kereta cuti-cuti camni. Tak sanggup aku tau. 


Ini aku and Fieza
Mula-mula kitaorang pegi Central Market. Nak dijadikan cerita tragisnya, hujan pulak turun sepoi-sepoi bahasa pada hari kejadian. Aku and the geng redah jugak la. Nak bejalan punya pasal kan.hehe.. Aku suka sangat pegi Central Market ni sebab bagi aku tempat ni unik sangat. Aku suka tengok orang lukis-lukis potret. Tangan diorang berseni betul la. Jeles tau. Tengok lukisan-lukisan ni, sume cantik-cantik. Time ni kitorang berangan la masing-masing nak ada rumah sendiri. Tak sabar nak hias rumah ngan potret-potret yang cantik-cantik kat sana. Konon-konon la kan. Ala, biasa la berangan kan. hihi..

Tengok Pakcik yang terer giler melukis ni..Adoi.. Jelesnya..hihi





Pastu dalam hujan renyai-renyai tu, kitorang rempuh jugak sebab Angah nak sangat cari kedai bunga dekat ngan Central Market tu. Dia nak survey untuk majlis dia nanti kot. hehe.. Macam-macam bunga ada dalam kedai tu. Semuanya bunga hidup ok. Kalau korang minat nak cari bunga hidup aku suggest korang pegilah  kat area Maybank seberang jalan dari Central Market tu. Segalanya jenis bunga ada kat situ and harganya pon bebaloi-baloi. Pastu kitorang jalan-jalan lagi sampai tembus kat Pudu Sentral. Kitorang memang plan nak pegi sini sebab nak tengok kedai buku 1 Malaysia and kedai kain 1 Malaysia yang baru buka tu. Nak pergi bandingkan harga la konon-kononnya. Harga buku memang 20 persen lagi murah dari harga sebenar. Sapa peminat novel pegila beli kat kedai buku 1 Malaysia ni. Tak payah jadi ahli pon dah dapat diskaun untuk beli buku. Kedai kain 1 Malaysia pon boley tahan murahnya. Cuma tak banyak pilihan sangat la.

Pastu dah letih jalan kaki, kitorang naik train semula nak pegi PWTC. Seperti yang semua orang tahu, ada Halal Festival kat PWTC hari tu, sebab tu la kitorang beria nak datang. Dengan niat nak rasa-rasa makanan yang ada, kitorang tawaf semua dewan yang ada. Seronok gak pusing-pusing sambil makan ni tau. Nak dipendekkan cerita macam-macam booth ada kat dalam tu, ada yang memang aku dah tahu, dan banyak jugak produk-produk yang aku tak pernah dengar kewujudannya. Ramai usahawan-usahawan muda yang dah berjaya turun padang untuk tunjukkan poduk masing-masing. Salute gila ngan diorang-diorang yang dah berjaya. Aku bila lagi? Masanya akan tiba....TUNGGUUU>>>> Bai




Ini adalah Angah!

Seronoknya aku dapat bergambar ngan maskot-maskot ni..hehe

Sunday 14 October 2012

GSC Team Building @ Bukit Gambang

 Assalamualaikum..

Halooo... Last weekend company aku ade team building kat Bukit Gambang Kuantan. Semua staff diWAJIBkan pergi.. So, bila dah cakap wajib ni tak ada pilihan la kan. Dalam rela paksa tu aku pon pergi. Kitorang semua stay kat Caribbean Resort, ok la tempat dia. First day aktiviti bebas, so aku pegi water park la. Aku dah pernah pergi ngan family 2 tahun lepas, so rasa biasa jela. Main-main air je.. Program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. Hari kedua kami semua berteam building dalam dewan seminar la. Biasa la kan, sesi suai kenal and the best part masa main game petang tu dengan fasilitator. Setiap kumpulan ditugaskan  menyiapkan satu  stretcher dan dengan stretcher tu kami semua dikehendaki mengangkat ahli kumpulan yang paling berat. Agak mencabar yer sebab semua barang-barang untuk siapkan stretcher ni  sudah disorok terlebih dahulu and setiap kumpulan kena cari menggunakan kompas yang disediakan. Berpeluh-peluh la aku ni nak cari buluh and kain yang diorang sorok. Last part paling seksa bila kena angkat manusia paling berat dalam group.. Mak aihhh, nak tercabut tangan and kaki aku ni. Ape pun best la game tu. hehe.. Hari last macam biasalah ada Telematch. Kumpulan aku ade gak la dapat hadiah. Kira hebat la kan. Aku letak gambar-gambar je la sikit kan, nak cerita semua panjang sangat. Baii...












Friday 12 October 2012

Projek cuti Hari Malaysia (Part 2)


Tadaaaaa....
Dah siap fridge magnet untuk family aku!




Ayah + Mak
Kak + Mie + Gee + Ct + Ja + Sopi

Tengok!!! Aku dah lekatkan semua kat peti sejuk rumah aku. Ok tak? Ok tak?  Ye la, memanglah tak secantik dan sekemas crafter-crafter kat luar sana, tak yah la nak bandingkan ngan diorang. huk huk.. Aku buat pon suka-suka jer. At least aku cuba kan. :) Okey, hari tu aku dah cerita pasal parent aku kan. Hari ni nak cerita sikit-sikit pasal adik beradik aku.


+




Akak sulung aku. Dah kahwin and anak nak masuk yang ke lima dah. Means dalam perut ade baby la. hihi. Akak aku keje kat LHDN Temerloh.








Abang aku. Die sekarang keje meniaga barang-barang online. Macam-macam barang kat kedai online die. Nanti senang boleyla jenguk-jenguk yer. Abang aku ni duduk kat Gombak ngan wife die and ada sorang anak perempuan. Tapi InsyaAllah hujung tahun ni tambah lagi sorang.

http://www.ezsave2u.com




Akak aku number 2. Sekarang duk kat rumah tolong mak aku meniaga. Lupe nak bagitau mak aku ade kedai runcit. Memang dari aku lahir lagi mak aku dah usahakan kedai runcit ngan arwah ayah aku. So, now akak aku dan suami dia dah tolong mak aku kat kampong. Akak aku da ade 3 orang anak. Semuanya perempuan. Hope nanti dapat la sorang kumbang diantara bunga bertiga tu.





Akak aku number 3. Stay kat Subang 2. Dah kahwin and ada 2 orang anak lelaki. Akak aku ni tak keje dah, hanya uruskan anak-anak kat rumah. 





Aku. Comel dan Hebat! 









Adik aku. Dulu aku ingat aku bongsu rupa-rupanya ada adik lagi. Ciss  Beza aku and adik aku 10 tahun kot.  Berani-beraninya dia keluar masa aku dah 10 tahun jadi bongsu. hihi.. Adik aku ni sekolah lagi. Die duduk kat asrama tapi dekat je ngan rumah aku kat kampong tu. Tiap-tiap minggu mak aku hantar makanan kat dia. Haha.. Tahun ni dia exam PMR. Hope die berjaya la yer.



Dari atas : Sopi + Mie
Dari bawah : Aku + Ct + Kak + Gee

Inilah story tentang family aku! Walaupon tak sebesar family orang lain, tapi aku bersyukur dikurniakan family yang memahami dan aku bahagia bersama mereka semua. 
Wassalam.


Wednesday 3 October 2012

Crowning Gigi

Hai semua.. 
Salam satu Malaysia.

CROWNING GIGI! Ape tu? kalau ade yang masih tak tahu, meh aku ceritakan sikit ape maksud sebenar rawatan crowning gigi ni. Crown gigi atau orang panggil gigi sarung ni adalah di buat untuk menggantikan gigi yang telah rosak. Ramai orang yang ada masalah gigi rosak, pecah dan ada jugak yang jarang kan. So, rawatan ni boley buat gigi kita nampak lebih cantik dan teratur.




Okey, cube tengok gambar dari Encik Google ni, nampak tak gambar yang first tu gambar gigi yang nak di crowningkan sebab rosak. So, gigi tu nanti akan dibentukkan supaya gigi sarung dapat di masukkan macam gambar kat number 3 tu, Doctor akan ambik acuan gigi kita dan proses untuk buat gigi sarung tu adalah lebih kurang seminggu atau 2 minggu bergantung kepada klinik la. Gambar number 4 tu gigi yang dah siap disarungkan dan disimen kemas. Nampak cantik kan! So, tak payah pakai gigi palsu lagi lepas ni sebab gigi ni dah disimen terus dan kekal macam gigi asal kita.

So, nak dijadikan ceritanya, gigi aku telah di crowningkan minggu lepas. Tapi bukan gigi depan, gigi geraham aku yang belah kanan ni. Mula-mula aku pegi klinik gigi nak tampal and cuci gigi sahaja sebab gigi geraham aku yang pernah kena tampal masa sekolah dulu dah pecah. So, after jumpa doctor aku pon mintak la pendapat dia camna nak buat dengan gigi aku ni. Doctor pon bagitau la yang gigi aku dah pecah so lubang die dah jadi besar, tapi still boley tampal la. Tapi, doctor cakap agak sakit la dan dia tak boley nak gerenti la gigi aku takkan pecah lagi sebab 2 kali tampal kat gigi yang sama. Die suggest aku wat crowning kalau tak nak cabut gigi tu. Ikot hati aku nak cabut je, tapi sebab gigi geraham aku yang sebelah kiri dah dicabut masa habis sekolah dulu, so, kalau aku cabut jugak gigi ni, aku nak makan camaner nanti. hihi. So, diam-diam aku bersetuju la untuk selamatkan aset gigi aku yang paling berharga ni. Doctor pon bagitau la kos die. 

Kos untuk sebatang gigi RM700

Mahal wehhhhh!!!!! Ye la, aku bukannya anak orang kaya kan. Aku pikir punya pikir and akhirnya aku pon terpaksa setuju la memandangkan hari tu memang gaji aku keluar. Tapi aku dah bayangkan la aku akan ikat perut nak tunggu gaji bulan depan plak. Sayang gigi punya pasal kan. 

Proses nak crowning gigi haritu dalam sejam la. Doctor bentukkan gigi yang dah rosak tu and ambik acuan untuk gigi baru aku. Sakit tak? Mestilah tak sakit sebab dah bius dulu kan! hehe.. kalau tak bius mahu terkencing aku kat situ rasanya dari gaya doctor kerjakan gigi aku masa tu. Tapi sebab dah bius, aku rileks jer. Nganga je biar doctor uruskan semuanya. After siap semua, doctor suruh aku datang dalam seminggu lagi untuk pasang gigi sarung aku tu. Buat masa sekarang, doctor pasangkan gigi sementara untuk aku. So, if sape-sape yang ada masalah gigi boley la cube rawatan crowning gigi ni yer! Jangan risau, tak sakit pon. Nanti boley la korang semua senyum and tayang semua gigi macam gambar kat bawah ni! 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kambing pon pakai braces tau! Kelas kau mbekkk!!!



Bai. Taa Tii Tuu...