Friday 7 March 2014

Engagement day Eyja & Duan

Alhamdulillah..syukur kepada Allah swt kerana pada 18 Januari lepas, aku dah selamat bergelar tunangan kepada seorang lelaki. hihi.. dah tentulah boyfriend tercintaku tu.. yeahhh..finally, one step closer.. happy sangat-sangat.. Actually, rancangan asal nak bertunang bulan 12, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa la tangguh kan sampai Januari. Alhamdulillah jugak sebab segalanya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. 

Persiapan untuk majlis tunang pon banyak kena buat tau. So, aku nak share sikit-sikit la apa yang aku dah buat aritu, mane la tau berguna untuk korang nanti. 

Okey, benda pertama yang aku pikir adalah hantaran. Untuk majlis pertunangan kebanyakan orang akan lebihkan kuih-kuih dan manisan. So, tak banyak belanja sangat sebenarnya untuk hantaran pertunangan ni. Tapi terpulanglah pada individu masing-masing kan. Macam aku memang bagi yang simple-simple jer dan semua hantaran aku akak aku yang buatkan. Means,  aku just belikan barang-barang yang nak bagi dan akak aku yang gubahkan semuanya. So, ni lah sedikirt hasilnya.










Baju. Bagi aku ni perkara terpenting untuk perempuan. Semestinya nak kelihatan cantik dihari pertunangankan. So, sape- sape yang rasa nak tempah baju eloklah tempah awal-awal tuk elakkan kelam kabut macam aku aritu. Hahaha.. Masa majlis aku memang ingat nak beli jer baju. Pilih punya pilih tak tahu berkenan yang mana. Pergi ngan orang lelaki ni susah sikit, semua die cakap cantik. So, aku plak confius sampai la tak terpilih. Last-last aku buat keputusan nak sewa jer baju kat butik.


Pelamin. Zaman dulu mana ade pelamin-pelamin bagai pon untuk majlis tunang. Masa kahwin baru sibuk cari pelamin kan. Tapi sekarang.. tunang pon nak kena ada pelamin. Adoi, pening gak sebenarnya. Ikot aku memang tak nak pon pelamin-pelamin ni tapi sebab kesuntukan masa nak hias-hias bilik plak, aku pon ikot jer la perancangan akak aku suh sewa pelamin. Senang sebenarnya sebab tak payah nak pikir banyak-banyak sebab semua orang yang pasang uruskan, aku tinggal duduk dan amek gambar jer.

Pelamin dari ita andaman
Ok, Settle benda-benda yang kena ada masa majlis tu nanti. Tapi aku tambah lagi satu iaitu doorgift. Jarang orang bagi doorgift masa majlis tunang ni, tapi aku suka-suka jer nak kasi sebab doorgift tu aku buat sendiri jer. Hihi.. Kan dulu aku ada beritahu aku ada buat bisnes brooch, so, aku kasi lah brooch aku sebagai doorgift! hehe..sambil-sambil promote la sebenarnya. Alhamdulillah, ramai yang suka dapat doorgift aku ni. 

Handmade brooch dari instagram thebutangboutique

So, aku share kan sikit gambar-gambar masa majlis aku tu yer. :)




Bakal ibu mertuaku.. :)
Encik tunanganku


Alhamdulillah..selesai semuanya. Skang dah start kena prepare untuk majlis kahwin nanti.  Moga-moga dapat tahan dugaan alam pertunangan ni..Doakan kami yer..

Daaa... :)


Friday 3 January 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum..

Walaupon dah lewat 3 hari, tapi still nak wish Happy New Year 2014 kat semua orang yang tengah baca kat sini.. Sekarang kita dah tinggalkan tahun 2013 kat belakang, so kita mesti terus pandang kedepan dengan penuh keyakinan dan azam yang baru. Azam? Rase macam baru jer buat azam tahun lepas, dah kena buat azam baru lagi. hihi.. Azam aku tahun lepas semua dah tercapai kecuali bab kawen-kawen belum settle. Actually nak buat majlis pertunangan hujung tahun dan majlis kahwin tahun ni, tapi sebab ada masalah-masalah tertentu, terpaksalah tangguh tahun ni dua-dua sekali.. Sabar la menanti kad undangan aku yer.. Hahaha..

Terima kasih gak kat yang maha pencipta kerana memudahkan hidup aku sepanjang 2013. Yang ditarget semua dapat dan yang tak dirancang pon Insyaallah bakal menyusul. 

Lagi satu, memang takde dalam pernacangan jugak nak jadi crafter separuh masa tahun ni, tapi Alhamdulillah bermula bulan November aritu, aku dah ada online shop sendiri. Aku menjual brooch-brooch handmade kat instagram dan facebook. Daripada hobi biasa kepada kerja separuh masa.. :) Sambutan sangat-sangatlah menggalakkan. Korang yang berminat nak tengok boleh la jenguk-jenguk kat Instagram aku #thebutangboutique. Kat facebook aku belum start update lagi memandangkan order kat instagram yang tak putus-putus lagi sejak awal pelancaran aritu. Alhamdulillah.. Nanti aku akan buat entry special untuk online boutique aku tu k.. 

Okey, berbalik pada azam tahun baru aku. Azam aku tahun ni nak kawen jer.. Boleh tak cmtu? Nak menyempurnakan separuh daripada iman. Hahaha.. Alhamdulillah, rasanya aku dah dapat segala yang aku nak, so, tahun ni just buat persiapan untuk majlis perkahwinan aku jer la.. Insyaallah tahun ni cuma belum tau lagi bulan berapa. Insyaallah..insyaallah..insyaallah.. Doakan aku yer.. :)

Sebelum tahun baru aritu, company aku ada Year End dinner kat Italiannies Paradigm Mall, So, aku selit-selitkan sikit gambar-gambar tu kat sini yer.. Akhir kata, 

HAPPY NEW YEAR 2014!!!!!








Babai...