Tuesday 26 March 2013

Gala Premiere : Sembunyi: Amukan Azazil

Salam satu Malaysia.
Semalam aku menyempatkan diri aku pergi tengok wayang cerita Sembunyi kat GSC Pavillion. So, sebelum aku komen apa-apa, meh kita baca sinopsis cerita ni dulu ek.


Sinopsis
Sembunyi: Amukan Azazil yang diterbitkan Grand Brilliance (GB) dan Filmscape mengisahkan perjalanan Aishah lakonan Diana Danielle yang hidup pada zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan sebaik sedar dia mendapati dirinya berada di kampung yang sunyi.

Aishah diberikan tempat berlindung oleh Ibu Yani lakonan Umie Aida selepas diselamatkan anak teruna lakonan Remy Ishak. Tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari yang kampung itu juga punya rahsia tersendiri.

Aishah sering didatangi kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang roh jahat tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik saja Aishah menjejakkan kakinya di sana.

Bagaimanapun misteri itu dijelaskan pada pengakhiran kisahnya.

Filem Sembunyi: Amukan Azazil lakonan aktor berbakat besar, Remy Ishak, Umie Aida, Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad dan Emelda Rosmila.

Filem ini menelan belanja sekitar RM1.8 juta itu adalah ekspresi idea Kabir Bhatia yang cukup berbeza berbanding karyanya yang terdahulu.

Okey, secara ikhlas dan jujurnya aku bagitau filem ni sangat menarik dan sangat sesuai untuk tontonan semua orang. Aku ni yang sememangnya sangat tidak suka dengan cerita genre horror ni pun boleh cakap cerita ni best tau. Hehe.. Malam semalam siap mimipi-mimpi bagai lagi. Memang dasar penakut giler, satu malam tidur asyik terjaga jer. Hahahaha..Memang camtu la aku pas tengok cerita-cerita seram ni, sebab tu la aku kurang suka tengok, nanti comfirm susah nak tidur. Aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni. Jalan cerita dia sangat menarik dan buatkan kita teruja nak tau apa yang sebenarnya terjadi. Otak ni macam berteka teki jer sambil mereka-reka ending yang sesuai, tapi semua yang aku teka semua salah.! Hahaha.. Okeylah, jangan buat-buat lupa pulak menonton filem ni di GSC berhampiran anda bermula 28 Mac ni.

Dadadididudu....

Sunday 24 March 2013

PINKY in the house!!!!



Yea...Finally dah dapat apa yang aku mimpikan. Walaupon lambat, happy sangat sebab dapat my favorite colour..limited edition PINK... Actually planning nak tunggu Note 3 keluar, tapi dengar cerita bulan 7 atau 8, serius aku dah tak boleh nak tunggu lagi sebab Blackberry asyik buat hal. Lagi satu mana tahan bila dengar keluar kaler pink kan..Hahaha.. Baru nak godek-godek je benda alah ni.. Dah 2 wishlist tertunai tahun ni.. So, sekarang masanya untuk menabung...Ajaaaa..

Friday 22 March 2013

Besday Boy!!





Happy Birthday Sayangku.. 
Moga kebahagiaan milikmu selamanya..
love u..
 muahhhh..

Thursday 14 March 2013

Tutorial : Cara membuat Bunga Rose dari kertas

Hai.. tiba-tiba sekarang aku nak jadi cikgu craft pulak kan, siap ber tutorial bagai. Hehe..Tak de lah, saja-saja jer nak kongsi cara-cara nak buat bunga rose dari kertas yang sangat simple and cantik ni. Aku ni memang minat sangat bab-bab barang-barang kraft dan DIY ni. So, pasni maybe blog aku banyak cerita pasal kraft-kraft yang aku suka buat tau. Jangan bosan yer membacanya. Meh aku tunjukkan cara-caranya kat bawah yer.


First, gunting 5 kelopak bunga seperti bentuk diatas. Pastikan kertas yang digunakan sedikit keras supaya mudah untuk kita bentukkan nanti.

 

Tekan dengan belakang pen atau apa sahaja di setiap bucu kelopak bunga supaya berbentuk sedikit melengkung kedalam seperti gambar di atas.



Gam kan 2 bucu dari satu kelopak bunga tadi.


Gam kan ke lima-lima bucu menjadi kuncup bunga rose.

  
Gamkan pula kuncup bunga rose tersebut ke atas kelopak bunga kedua.


Ulang proses di atas kepada ke empat-empat kelopak bunga dan satu kelopak dibiarkan


Ini lah hasilnya apabila keempat-empat kelopak bunga disatukan.


Buka tiga dari kelopak bunga menjadi kembang dan tinggalkan satu kelopak bunga yang paling tengah untuk dijadikan kuncup bunga. Gulungkan hujung kelopak bunga supaya bunga nampak lebih cantik. Gamkan kelopak bunga yang kelima di bahagian bawah sekali. 

Tadaaa.. inilah hasil bunga rose tersebut. Sangat simple kan

 Boleh lekatkan di atas kotak hadiah supaya kotak nampak lebih berseri. 

Sunday 3 March 2013

GSC Family day 2013

Pagi tadi sempat pergi family day kat GSC Paradigm Mall. Gigih jugak bangun pagi-pagi walaupon hari cuti. Aku memang suka pergi event-event macam ni sebab boleh makan free. Makanan pulak macam-macam jenis. Tambah lagi boleh tengok wayang. Memang tak rugi la. Event start pukul 10. Kali ni tengok cerita cartoon The Croods. Cerita pasal orang zaman batu dulu-dulu sebelum berlakunya perubahan. Memang best cerita tu. Banyak part sedih sampai berair mata. Haha..


Sambil menunggu Encik Bf datang ambil kat rumah.

 
Yea.. ini maskotnya.
En Bf
En Bf dipelok.. ciss..
macam nyah je?? akakakaa..
 The Croods ni memang best. Comfirm berair sikit mata tu tengok cerita ni.. So, jangan lupa tengok bermula 21 March ni tau. 
Babai.

Friday 1 March 2013

Tayangan Perdana Lawak Ke Der 2



SUPERB!!

Cukup satu perkataan jer dah boleh menggambarkan betapa bestnya menonton filem lawak ke der 2 ni. Ternyata hasil gabungan pelawak-pelawak hebat tanah air mampu menyajikan sebuah lawak pentas yang cukup menarik. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama lawak pentas dibawa ke pawagam dan pendapat peribadi aku hasilnya memang ternyata hebat dan tidak sama sekali mengecewakan. Dari awal sampai penghujung tayangan, semua penonton termasuk aku sendiri tak henti-henti ketawa. 

Barisan pelawak yang terlibat adalah Boboi, Jozan, Harith Iskandar dan juga Nabil. Konsep lawak mereka masing-masing adalah berbeza. So, korang yang menonton takkan rasa bosan. Bagi aku jugak, Lawak ke der 2 ni merupakan filem wajib tonton lebih-lebih kalau korang selalu stress. Rehatkan otak yang penat bekerja tu and enjoy the movie okey. 






Tataaa..