Salam satu Malaysia.
Semalam aku menyempatkan diri aku pergi tengok wayang cerita Sembunyi kat GSC Pavillion. So, sebelum aku komen apa-apa, meh kita baca sinopsis cerita ni dulu ek.
Sinopsis
Sembunyi: Amukan Azazil yang diterbitkan Grand Brilliance (GB) dan Filmscape mengisahkan perjalanan Aishah lakonan Diana Danielle yang hidup pada zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan sebaik sedar dia mendapati dirinya berada di kampung yang sunyi.
Aishah diberikan tempat berlindung oleh Ibu Yani lakonan Umie Aida selepas diselamatkan anak teruna lakonan Remy Ishak. Tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari yang kampung itu juga punya rahsia tersendiri.
Aishah sering didatangi kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang roh jahat tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik saja Aishah menjejakkan kakinya di sana.
Bagaimanapun misteri itu dijelaskan pada pengakhiran kisahnya.
Filem Sembunyi: Amukan Azazil lakonan aktor berbakat besar, Remy Ishak, Umie Aida, Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad dan Emelda Rosmila.
Filem ini menelan belanja sekitar RM1.8 juta itu adalah ekspresi idea Kabir Bhatia yang cukup berbeza berbanding karyanya yang terdahulu.
Okey, secara ikhlas dan jujurnya aku bagitau filem ni sangat menarik dan sangat sesuai untuk tontonan semua orang. Aku ni yang sememangnya sangat tidak suka dengan cerita genre horror ni pun boleh cakap cerita ni best tau. Hehe.. Malam semalam siap mimipi-mimpi bagai lagi. Memang dasar penakut giler, satu malam tidur asyik terjaga jer. Hahahaha..Memang camtu la aku pas tengok cerita-cerita seram ni, sebab tu la aku kurang suka tengok, nanti comfirm susah nak tidur. Aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni. Jalan cerita dia sangat menarik dan buatkan kita teruja nak tau apa yang sebenarnya terjadi. Otak ni macam berteka teki jer sambil mereka-reka ending yang sesuai, tapi semua yang aku teka semua salah.! Hahaha.. Okeylah, jangan buat-buat lupa pulak menonton filem ni di GSC berhampiran anda bermula 28 Mac ni.
Dadadididudu....
Dadadididudu....
No comments:
Post a Comment