Friday 12 April 2013

Tutorial : Cara-cara membuat bunga rose dari kertas part 2


Hai, harini aku nak tunjukkan cara buat bunga rose yang lagi simple dari yang sebelum ni (Part 1), tapi still menggunakan kertas. Cara ni senang yang teramat-amat sangat okey, tak perlu kerutkan dahi pun untuk buat satu bunga rose. Okey, aku tunjukkan kat bawah yer.


First potong kertas berbentuk bulat seperti gambar di atas.



Guntingkan dari hujung kertas sampai ke pusat kertas dengan jarak yang sama sehingga berbentuk seperti ubat nyamuk.



Yes..gunting seperti gambar di atas yer..


Gulungkan dari hujung kertas tu sehingga ke tengah kertas.



Gamkan bahagian hujung kertas dengan bahagian hujung gulungan tersebut.
Biarkan kering seketika.


Tadaa.. inilah bunga rose yang sangat simple lagi senang.. Hanya gunakan kertas dan gam jer.. 
Tapi..tapi..nak tau tak apa yang kita boleh buat dengan bunga rose kecik ni? Nak tau? 
Aku akan wat tutorial tentang pokok bunga hiasan menggunakan bunga rose dari kertas ni.. 
Sila baca entry seterusnya okey..

Tata..

No comments:

Post a Comment