Hai.. tiba-tiba sekarang aku nak jadi cikgu craft pulak kan, siap ber tutorial bagai. Hehe..Tak de lah, saja-saja jer nak kongsi cara-cara nak buat bunga rose dari kertas yang sangat simple and cantik ni. Aku ni memang minat sangat bab-bab barang-barang kraft dan DIY ni. So, pasni maybe blog aku banyak cerita pasal kraft-kraft yang aku suka buat tau. Jangan bosan yer membacanya. Meh aku tunjukkan cara-caranya kat bawah yer.
First, gunting 5 kelopak bunga seperti bentuk diatas. Pastikan kertas yang digunakan sedikit keras supaya mudah untuk kita bentukkan nanti.
Tekan dengan belakang pen atau apa sahaja di setiap bucu kelopak bunga supaya berbentuk sedikit melengkung kedalam seperti gambar di atas.
Gam kan 2 bucu dari satu kelopak bunga tadi.
Gam kan ke lima-lima bucu menjadi kuncup bunga rose.
Gamkan pula kuncup bunga rose tersebut ke atas kelopak bunga kedua.
Ulang proses di atas kepada ke empat-empat kelopak bunga dan satu kelopak dibiarkan
Ini lah hasilnya apabila keempat-empat kelopak bunga disatukan.
Buka tiga dari kelopak bunga menjadi kembang dan tinggalkan satu kelopak bunga yang paling tengah untuk dijadikan kuncup bunga. Gulungkan hujung kelopak bunga supaya bunga nampak lebih cantik. Gamkan kelopak bunga yang kelima di bahagian bawah sekali.
Tadaaa.. inilah hasil bunga rose tersebut. Sangat simple kan
Boleh lekatkan di atas kotak hadiah supaya kotak nampak lebih berseri.
simple but nice
ReplyDeletetq.. :)
ReplyDeletekeren .. bisa gitu ternyata
ReplyDeletebisa aja..hihi
Delete