Wednesday, 3 October 2012

Crowning Gigi

Hai semua.. 
Salam satu Malaysia.

CROWNING GIGI! Ape tu? kalau ade yang masih tak tahu, meh aku ceritakan sikit ape maksud sebenar rawatan crowning gigi ni. Crown gigi atau orang panggil gigi sarung ni adalah di buat untuk menggantikan gigi yang telah rosak. Ramai orang yang ada masalah gigi rosak, pecah dan ada jugak yang jarang kan. So, rawatan ni boley buat gigi kita nampak lebih cantik dan teratur.




Okey, cube tengok gambar dari Encik Google ni, nampak tak gambar yang first tu gambar gigi yang nak di crowningkan sebab rosak. So, gigi tu nanti akan dibentukkan supaya gigi sarung dapat di masukkan macam gambar kat number 3 tu, Doctor akan ambik acuan gigi kita dan proses untuk buat gigi sarung tu adalah lebih kurang seminggu atau 2 minggu bergantung kepada klinik la. Gambar number 4 tu gigi yang dah siap disarungkan dan disimen kemas. Nampak cantik kan! So, tak payah pakai gigi palsu lagi lepas ni sebab gigi ni dah disimen terus dan kekal macam gigi asal kita.

So, nak dijadikan ceritanya, gigi aku telah di crowningkan minggu lepas. Tapi bukan gigi depan, gigi geraham aku yang belah kanan ni. Mula-mula aku pegi klinik gigi nak tampal and cuci gigi sahaja sebab gigi geraham aku yang pernah kena tampal masa sekolah dulu dah pecah. So, after jumpa doctor aku pon mintak la pendapat dia camna nak buat dengan gigi aku ni. Doctor pon bagitau la yang gigi aku dah pecah so lubang die dah jadi besar, tapi still boley tampal la. Tapi, doctor cakap agak sakit la dan dia tak boley nak gerenti la gigi aku takkan pecah lagi sebab 2 kali tampal kat gigi yang sama. Die suggest aku wat crowning kalau tak nak cabut gigi tu. Ikot hati aku nak cabut je, tapi sebab gigi geraham aku yang sebelah kiri dah dicabut masa habis sekolah dulu, so, kalau aku cabut jugak gigi ni, aku nak makan camaner nanti. hihi. So, diam-diam aku bersetuju la untuk selamatkan aset gigi aku yang paling berharga ni. Doctor pon bagitau la kos die. 

Kos untuk sebatang gigi RM700

Mahal wehhhhh!!!!! Ye la, aku bukannya anak orang kaya kan. Aku pikir punya pikir and akhirnya aku pon terpaksa setuju la memandangkan hari tu memang gaji aku keluar. Tapi aku dah bayangkan la aku akan ikat perut nak tunggu gaji bulan depan plak. Sayang gigi punya pasal kan. 

Proses nak crowning gigi haritu dalam sejam la. Doctor bentukkan gigi yang dah rosak tu and ambik acuan untuk gigi baru aku. Sakit tak? Mestilah tak sakit sebab dah bius dulu kan! hehe.. kalau tak bius mahu terkencing aku kat situ rasanya dari gaya doctor kerjakan gigi aku masa tu. Tapi sebab dah bius, aku rileks jer. Nganga je biar doctor uruskan semuanya. After siap semua, doctor suruh aku datang dalam seminggu lagi untuk pasang gigi sarung aku tu. Buat masa sekarang, doctor pasangkan gigi sementara untuk aku. So, if sape-sape yang ada masalah gigi boley la cube rawatan crowning gigi ni yer! Jangan risau, tak sakit pon. Nanti boley la korang semua senyum and tayang semua gigi macam gambar kat bawah ni! 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kambing pon pakai braces tau! Kelas kau mbekkk!!!



Bai. Taa Tii Tuu...

15 comments:

  1. Sure gigi baru awak hebat !!!
    Hehhehe

    ReplyDelete
  2. Nak tanya kalau buat crown ni .gigi geraham bawah yang rosak boleh buat tak ? Okay tak gigi awk skrg. Bole bg alamat klinik tak ? Thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, apa2 pon pegi jumpa doktor gigi dulu k, mintak nasihat profesional...lebih afdalll hehe

      Delete
    2. Sorry lambat sikit reply, saya memang buat gigi geraham yg kat bawah la.. gigi saya skang memang dah okey. masa awal2 dulu dalam 2 ke 3 bulan jer ade skali skala rasa nyilu..skang memang dah sebati dah..

      ni alamat klinik gigi tu.

      Drs Wong & Partners Dental Centre
      Lot PT 7221, Jalan Merah Caga
      Taman Sri Endah
      Bandar Baru Sri Petaling
      57000 Kuala Lumpur
      Malaysia
      Tel:603-90593668

      Delete
  3. Study pasal crown kat sini. Terima kasih ya sis.

    Assalamualaikum
    Natrah Mohamed
    Www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  4. I know ini post lama, tapi nak komen jugak. Tq for writing this up. Gigi geraham saya retak. Tampalan lama dah terbuka. Im not sure nak tampal ke nak crown then terjumpa post awak. Mungkin nak crown juga lah cuma kos kat sini mahal lah.. rm1000 ke atas.

    ReplyDelete
  5. awak, saya pun tahu dah lama post ini. tapi nak share juga la..saya tengah syok-syok makan daging tadi,tiba-tiba rasa tajam2 kat lidah. rupanya gigi geraham bawah, kiri pecah T__T

    esok ke klinik gigi la jawabnya

    TQ for sharing this post

    ReplyDelete
  6. Kalau pakai braces,then nanti kena pakai crown,bayaran dia termasuk masa buat braces or kena bayar asing?

    ReplyDelete
  7. 2012 harga pun dh 700..sekarang 2020 agak2 berapa ribu erk nk buat crown ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu doc gigi kat usj bgtau rm800

      Delete
    2. Utk gigi geramham sy bru tnya klinik di nilai rm700 utk crown

      Delete
    3. skg 1 biji gigi je rm1300 gigi depan 😂 dua batang sy buat sekali itu ini 3150 sobsob sedeyy pedeyyy

      Delete
  8. Nk tanya lepas awak dh tampal gigi brape lama tempoh at least sebelum kena buat crowning

    ReplyDelete