Friday, 26 October 2012

Gala Premiere Istanbul Aku Datang

Hari Rabu lepas aku dapat invitation untuk pergi ke Gala Premiere Istanbul Aku Datang kat GSC Pavilion. So, aku ajak Encik Boyfriend pergi teman aku. 


Say Hi to Encik Boyfriend!
Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang.


Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya. Dian lakonan Lisa Surihani sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat dengan kekasih hatinta, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana. Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto. Siapakah pilihan Dian? Farouk atau Harris? Haaa.. Nanti korang tengokla yer.. 


Pendapat aku sendiri filem ni best and Lisa nampak sangat comel dalam filem ni.





Nape semua gambar Encik Bf ngan artis je? Gambar aku mana? Takde sebab aku jadi photographer haritu. hehe.. Masa kitorang masuk tengok wayang pon Lisa belum sampai, tak dapat la nak jumpa Lisa. 

On the way balik, aku and Encik Bf jalan-jalan kat Pavilion maklumlah dah lama tak datang sini. 








Wahhh, hebatnya bf aku!

Tata..Titi..Tutu..

No comments:

Post a Comment