Assalamualaikum.. Haa..Lama dah rasanya tak menulis. Biasalah, lately ni aku busy sikit. Btw,aku baru balik dari holiday kat Pulau Langkawi last weekend. Akak aku yang sponsor holiday ni sebab dia dapat bonus besar gilerr. Mak aku la seronok sangat sebab dah lama sangat nak pergi Langkawi. Aku plak before ni aku dah pernah pergi sana ngan kawan-kawan masa study dulu, tapi orang dah nak belanja takkan nak lepaskan peluang plak kan. hehe.. Masa first time datang Langkawi dulu, aku naik flight, so tak la rasa penat sangat. 45 minit je dah sampai. Tapi, kali ni aku pergi naik ferry. Ya Allah, krem buntot kot duduk dalam kereta lama-lama sebelum sampai kat Jetty Kuala Perlis tu. hehe.. Kitorang sampai jetty lebih kurang pukul 12 tengah malam, so, malam tu tidur dulu kat T Hotel betul-betul menghadap jetty tu. Satu malam die caj RM89 sahaja. Esoknya, dalam pukul 8 pagi aku dah beratur nak beli tiket feri, tapi alangkah hampanya sebab tiket yang paling awal pon pukul 1045 pagi. Rupa-rupanya orang dah beratur since pukul 6 pagi lagi. Okey, untuk sapa-sapa yang belum pernah naik ferry lagi untuk ke Langkawi, aku bagitau la harga tiket die ok. Harga tiket ferry sehala bagi dewasa adalah RM18, and untuk kanak-kanak 3 hingga 12 tahun berharga RM13.
Ni kat T Hotel masa tengah tunggu ferry sampai. |
Akak and mak aku. |
Hakimi yang nakal |
Nak dijadikan cerita tragisnya lagi, ferry yang sepatutnya sampai pukul 1045 pagi tu rosak pulak. Adoiii, lebih kurang jam 12 tengahari baru boleh naik ferry. Dah la memang lambat, bertambah lagi lambat. Bengang tak yah cakap la kan. Tapi ternyata Tuhan masih memberi kami tahap kesabaran yang tinggi. hehe.. Sampai kat sana je kitorang terus ambil kereta sewa yang memang dah lama book sebelum datang Langkawi. Memandangkan jumlah kami yang ramai, kami sewa satu van persiaran yang panjang. Harga bagi sewa van adalah RM150 sehari. Perjalanan diteruskan ke apartment yang telah disewa. Kitorang memilih Lagenda Apartment untuk penginapan 3 hari 2 malam tu memandangkan harga yang ditawarkan agak berpatutan iaitu RM350 untuk 2 malam. Apartment ni best sangat sebab ada 3 bilik and ketiga-tiga bilik tu besar tau. Ada swimming pool lagi kat bawah tu.
After rehat-rehat dalam sejam, kitorang terus keluar jalan-jalan. Destinasi pertama adalah Idaman Suri yang memang famous kat Langkawi ni. Mak and akak- akak aku seonok sangat beli barang-barang keperluan dapur. Murah giler kot kat sini. Aku yang belum kahwin ni pun naik kelabu bijik mata memilih barang-barang. Pendek kata, memang berbaloi la semua harga barang-barang dia.
After shopping, malam tu singgah pasar malam, balik apartment and tidur. Esoknya, pagi-pagi lagi kitorang bangun and teruskan ekspedisi jalan-jalan kat Langkawi ni. Tempat pertama pergi kat Dataran Lang. Biasalah kan, kalau tak pergi Dataran Lang ni tak sah la kan pergi Langkawi. Kitorang pergi semata-mata nak ambil gambar je buat kenangan.
Family aku. |
my sister n me. |
Pastu sambung perjalanan pergi ke Beras Terbakar. Kat sana baju murah-murah tau. Mak and akak aku je yang beli banyak kain batik and baju- baju kat sana. Aku tengok-tengok je. Then, after shopping baju-baju, kitorang pegi plak ke Haji Ismail Group untuk sambung shopping pinggan mangkuk semalam. Hahaha.. Dah namanya perempuan kan. Aku beli banyak chocolate je kat sana. Habis dekat RM200 jugak untuk beli chocolate. Tapi yang banyaknya member-member yang kirim sebab aku memang kurang minat makan chocolate ni. hehe.. Mak aku siap beli beg troli besar lagi untuk masukkan barang-barang dia nanti. Beg troli yang besar giler tu cume RM55 jer. Betul-betul murah la barang-barang kat sini. Tapi, kalau tanya aku, secara jujurnya aku jawab Idaman Suri lagi best sebab tempat dia luas and lebih teratur susunannya. Malamnya kitorang makan ikan bakar and balik apartment kemaskan barang-barang masuk dalam beg sebab esok dah nak balik KL.
Dekat jetty sebelum balik naik ferry. |
Selamat Tinggal Langkawi, tahun depan pasti datang lagi.!!
No comments:
Post a Comment