Wednesday 5 June 2013

Pengalamanku di rumah anak-anak yatim

Assalamualaikum..

Pagi yang indah pasti berakhir dengan hari yang indah. Ceritanya bermula apabila salah seorang kawan aku pernah berniat bahawasanya gaji pertama bekerja akan dibahagikan sedikit bersama anak-anak yatim. So, kalau dah berniat tu, kalau tak ditunaikan rasa macam ada jer yang tak kena kan. Selagi tak terlaksana rasa diri macam berhutang sesuatu kan. 

2 June - Bagi merealisasikan niat kawan aku tu, aku bersetuju menemankan dia ke rumah anak-anak yatim tersebut dengan rela hatinya. Tengah merancang, seorang lagi kawan aku nak join sekali. So, kami pergi bertiga lah. Ni merupakan pengalaman pertama aku berkunjung ke rumah anak-anak yatim ni. So, sedikit teruja dan ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak di dalam dada. hoho.. Melebih-lebih pulak kan. Tapi itulah yang aku rasa. Perancangan asalnya kami nak berkunjung ke rumah anak-anak yatim Darul Izzah. Tapi, bila kami sampai di sana, tak ramai kanak-kanak yang tinggal kerana kata mereka ramai antara mereka pulang ke rumah saudara mara memandangkan sekarang cuti persekolahan. Sedikit terkilan rasanya bila yang dirancang tidak berjalan lancar. Tapi memang salah kami juga berkunjung tanpa memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu.


Lydia, Aku n Neesa..


Ternyata dugaan yang sedikit itu tidak langsung mematahkan semangat kami untuk meneruskan tujuan asal ke sana. Setelah meninggalkan sedikit bekalan buat kanak-kanak di sana, kami menukar rancangan asal dan meneruskan perjalanan ke rumah anak yatim Nur Hikmah. Tapi, terlebih dahulu kami memaklumkan kepada pengetua di sana mengenai kedatangan kami. Tidak mahu kesilapan yang sama berulang kembali.

Sedikit bekalan buat mereka..
Apabila sampai di sana, kami bertemu pengetua rumah tersebut. Kami meninggalkan sedikit bekalan makanan dan masuk bertemu dengan kanak-kanak di sana. Walaupon sedikit kekok pada mulanya, kami berjaya menyesuaikan diri dengan mereka. Kami melihat sekeliling tempat tersebut dan timbul sedikit perasaan simpati tentang nasib mereka. Mereka duduk beramai-ramai dalam rumah yang agak kecil dan agak sesak dengan macam-macam barangan. Pakaian mereka hasil dari pemberian orang-orang ramai.   Sedikit sebak melihat mereka memilih-milih baju dan terus tersenyum bila mendapat baju yang sepadan dengan mereka. Tanpa jenama dan tanpa harga. Sungguh tersentuh perasaan ku ketika itu. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang aku miliki harini Ya Allah. 











Sungguh seronok dapat melihat senyuman dan mendengar gelak tawa mereka.


Pada hari tersebut juga, aku dan Lydia sememangnya merancang satu suprise party untuk Neesa yang baru saja menyambut hari lahirnya beberapa hari lalu. Kami merancang untuk menyambutnya bersama kanak-kanak di sana. Dapat la berkongsi suasana dan kemeriahan bersama mereka. Suprise tu ternyata menjadi! Neesa langsung tak sedar yang kami telah sorokkan kek tersebut dalam kereta dia sendiri. Tapi terima kasih yang tidak terhingga kepada Shahril dan Fizi yang susah payah membelikan kek tu untuk kami. Nyanyian lagu Happy birthday dan Allah selamatkan kamu dari kanak-kanak cilik itu ternyata menggembirakan hati semua. Semoga Neesa akan ingat sambutan birthday dia tahun ni sebagai sesuatu yang amat bermakna.

Moga panjang umur dan berbahagia sentiasa.. 



 Pengalaman sebegini merupakan sesuatu yang baru bagi aku dan ianya meninggalkan kenangan yang sungguh beerti untuk diingati. Semoga bertemu lagi adik-adik manis. Semoga menjadi anak yang berguna di masa depan okey! Nanti kakak datang lagi yer..

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana sesungguhnya masih ramai lagi yang kurang bernasib baik di luar sana. Jangan bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas, tetapi bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di bawah, kerana baru kita akan mengerti apa makna bersyukur.

Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment