Tuesday 12 February 2013

Gala Premiere Gangster Celop

Allooo... 
Lama betul tak update blog ni kan.. Haritu bukan main lagi cakap pasni nak selalu update blog kan..hahhaa... Tak dapat den nak nolongnya..hehe.. Bukan apa, aku sekarang sibuk sangat mencari rezeki untuk bekalan di hari tua. Mana nak kerja, mana nak tidur, mana nak berblogging, mana nak berbisnes.. Penat tau. Anyway satu daripada wishlist aku dah pon tercapai. Tapi yang tu aku buat entry lain lah. Kali ni nak buat review pasal filem yang baru ni sempat aku tengok.



Sinopsis Filem Gangster Celop
'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.
Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan.
Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh untuk sekian lama. Apakah yang akan terjadi seterusnya??
Buat pengetahuan semua jugak, cerita ni adalah gabungan daripada 2 produksi hebat iaitu Skop Production dan Excellent Pictures. So, mesti semua dah dapat agak hasil untuk filem ni kan.


 Pendapat peribadi aku cerita ni memang best. Terhibur walaupon jalan cerita dia agak simple. Tergelak-gelak jugak aku dalam cinema tu. Banyak scene-scene kelakar yang buat ramai pecah perot. Actually, aku minat sangat ngan Hanis Zalikha, blogger yang famous and cun melecun tu. That why la aku gagahkan diri gak pergi preview ni walaupon aku tak berapa sihat masa ni. Hanis sangat cantik wooo..

Me and officemate, Ayu.

Hanis Zalikha, si cantik manis

Kamal Adli in da house

Reen Rahim

Wan, pelakon hantu kak limah tu


Okey, jangan lupa menonton Gangster Celop di pawagam berhampiran anda bermula 21 Februari ini.


Da di du...

2 comments: