Friday 21 September 2012

Projek cuti hari Malaysia

Assalamualaikum..

Tajuk nak gempak je kan. hehe.. Oklah, semua orang ada hobi masing-masing kan. Aku pon ade hobi tersendiri dan harini aku nak kongsi hobi aku dengan semua orang. Salah satu hobi aku selain tidur dan berjalan tanpa arah tuju adalah menjahit. Bukan jahit baju yer, tapi jahit benda-benda comel. Aku suka something yang nampak kreatif dan berseni. Senang cerita aku suke barang- barang DIY . Seronok sangat bila dapat siapkan benda-benda yang comel, tapi aku tak lah pandai sangat pon. Jahit pon senget-senget. Just buat sebab aku suka jer. 

 Cuti hari Malaysia 16 September baru-baru ni, tiba-tiba jer aku terpikir, takkan aku nak tidur je 3 hari tu walaupon hidup sebagai bujang memangla begitu. Hmm, pikir punya pikir, tiba-tiba aku dapat idea. Aku nak buat projek cuti Malaysian Day la (konon-kononnya). Aku nak buat fridge magnet untuk family aku. Wooowww, macam menarik je kan. Dan aku jugak dengan angkuhnya mencabar diri aku nak siapkan projek ni dalam masa 3 hari tersebut. Tapi ternyata tidak berjaya. dah agak da 


Okeh mula-mula kesempatan masa terluang kat office aku gunakan sepenuhnya untuk melukis. Yea.. aku tau lukisan aku buruk tak perlu bermuka sinis yer.. 

Maaf kurang jelas.

Dan sepanjang 3 hari tu, aku just berjaya gunting dan cantum-cantumkan semua macam gambar kat bawah ni. Tapi semua belum siap la. Aku belum lagi jahit, masukkan fiber kat dalam tu and lekatkan magnet. Nanti dah siap aku nak tempek kat peti sejuk rumah aku kat kampong. Nanti kalau mak aku nampak mesti dia akan selalu ingat kat aku. kih kih..


See, dah nampak sikit hasilnya kan.

So, projek ni akan bersambung weekend akan datang plak. Sama-sama nantikan hasilnya yer.
TUNGGU.......




Thursday 20 September 2012

My everything..

Bertemu kembali kita di arena penulisan yang tanpa wajah tanpa bicara.. Amboi, bukan main lagi aku ni kan. Entry kali ni aku nak ceritakan sedikit tentang family aku. Sentuh pasal family terus hati rasa sebak. Aku baru sahaja kehilangan ayah tercinta beberapa bulan lepas. Sedihnya masih terasa sehingga ke hari ini. Ayah telah menghembuskan nafas terakhir pada 08 Jun 2012 lebih kurang jam 0130 pagi. Ayah pergi begitu mengejut tanpa sesiapa menduga. Namun, siapa kita untuk melawan takdir tuhan. Sesungguhnya aku redha dengan qada' dan qadarmu. Moga ayah tenang dan aman di sana. Moga dapat kita bertemu dan berkumpul semula di sana nanti. Al-Fatihah.

Ibu, kasih ibu membawa ke syurga. Aku perkenalkan mak yang paling aku sayang dunia dan akhirat. Puan Fatimah Hussain. Mak yang super duper sporting. Mak yang sangat baik dan sabar dalam hidupnya. Serius respect giler ngan mak sendiri. Kesabaran dan kecekalan dia dalam mengharungi hidup cukup buat aku rasa sungguh bangga dan bertuah kerana dialah ibuku. Ratu hatiku. love u mak!

Aku ada 6 orang adik beradik. Aku anak number 5. Adik bawah aku lelaki, so kira aku ni bongsu perempuan la. haha.. nak jugak jadi bongsu kan. Oklah, sampai sini jer, lain kali sambung lagi yer. xoxo..

My love family(tanpa ayah)



Friday 14 September 2012

Siapa Eyja Hebat?


Assalamualaikum..

Hai semua..Akhirnya setelah bertahun-tahun aku menyimpan hasrat untuk memiliki blog sendiri, akhirnya hari ini impian aku dah jadi realiti. Akibat sikap suka melengah-lengahkan kerja yang memang sudah sebati dan tepu dalam diri aku ni lah yang membawa kepada penangguhan yang begitu lama. hahaha, skema je kan.

Lebih manis kiranya entry yang pertama ni aku memperkenalkan diri aku. Nama aku dalam ic adalah Saliza binti Iberahim. tapi, selalunya kawan-kawan panggil aku ja atau eyja(ija). Umur aku 24 tahun mengikut kiraan umur yang sebenar. (xnak mengaku umur sudah 25 tahun). hehe, aku berasal dari Jerantut Pahang. Sekarang bekerja di Kuala Lumpur.

Kenapa aku beria dan mengada sangat nak tulis blog? Jawapannya adalah kerana aku suka baca blog orang lain. Yup, aku ni kalau ada masa or kelapangan, aku suka sangat menghendap blog orang. Oleh kerana itulah, aku berfikir bahawasanya aku pon harus ada blog sendiri kan! kan! kan! terima kasih kerana bersetuju dan saya akan memberikan yang terbaik untuk anda. :p

Aku tulis blog ni sebenarnya lebih kepada nak mencoret kisah suka duka hidup aku. Ala, macam diary la. Manatau dah tua nanti boleh bagi anak cucu nenek ni baca... :) Aku harap penulisan aku ni tak disalah ertikan. Semoga bertemu lagi di lain masa. Salam ukhuwah semua.