Friday 14 September 2012

Siapa Eyja Hebat?


Assalamualaikum..

Hai semua..Akhirnya setelah bertahun-tahun aku menyimpan hasrat untuk memiliki blog sendiri, akhirnya hari ini impian aku dah jadi realiti. Akibat sikap suka melengah-lengahkan kerja yang memang sudah sebati dan tepu dalam diri aku ni lah yang membawa kepada penangguhan yang begitu lama. hahaha, skema je kan.

Lebih manis kiranya entry yang pertama ni aku memperkenalkan diri aku. Nama aku dalam ic adalah Saliza binti Iberahim. tapi, selalunya kawan-kawan panggil aku ja atau eyja(ija). Umur aku 24 tahun mengikut kiraan umur yang sebenar. (xnak mengaku umur sudah 25 tahun). hehe, aku berasal dari Jerantut Pahang. Sekarang bekerja di Kuala Lumpur.

Kenapa aku beria dan mengada sangat nak tulis blog? Jawapannya adalah kerana aku suka baca blog orang lain. Yup, aku ni kalau ada masa or kelapangan, aku suka sangat menghendap blog orang. Oleh kerana itulah, aku berfikir bahawasanya aku pon harus ada blog sendiri kan! kan! kan! terima kasih kerana bersetuju dan saya akan memberikan yang terbaik untuk anda. :p

Aku tulis blog ni sebenarnya lebih kepada nak mencoret kisah suka duka hidup aku. Ala, macam diary la. Manatau dah tua nanti boleh bagi anak cucu nenek ni baca... :) Aku harap penulisan aku ni tak disalah ertikan. Semoga bertemu lagi di lain masa. Salam ukhuwah semua. 

2 comments:

  1. hehe.. tp before this ada blogshop kn? lepas ni rajin2 la update ja.. leh aku singgah selaluuuu

    ReplyDelete
  2. aah, dulu ade..skang da lupe da semua.. Insyaallah, akan slalu aktif berblogging.. tq 4 ur support nani!

    ReplyDelete