Thursday 20 September 2012

My everything..

Bertemu kembali kita di arena penulisan yang tanpa wajah tanpa bicara.. Amboi, bukan main lagi aku ni kan. Entry kali ni aku nak ceritakan sedikit tentang family aku. Sentuh pasal family terus hati rasa sebak. Aku baru sahaja kehilangan ayah tercinta beberapa bulan lepas. Sedihnya masih terasa sehingga ke hari ini. Ayah telah menghembuskan nafas terakhir pada 08 Jun 2012 lebih kurang jam 0130 pagi. Ayah pergi begitu mengejut tanpa sesiapa menduga. Namun, siapa kita untuk melawan takdir tuhan. Sesungguhnya aku redha dengan qada' dan qadarmu. Moga ayah tenang dan aman di sana. Moga dapat kita bertemu dan berkumpul semula di sana nanti. Al-Fatihah.

Ibu, kasih ibu membawa ke syurga. Aku perkenalkan mak yang paling aku sayang dunia dan akhirat. Puan Fatimah Hussain. Mak yang super duper sporting. Mak yang sangat baik dan sabar dalam hidupnya. Serius respect giler ngan mak sendiri. Kesabaran dan kecekalan dia dalam mengharungi hidup cukup buat aku rasa sungguh bangga dan bertuah kerana dialah ibuku. Ratu hatiku. love u mak!

Aku ada 6 orang adik beradik. Aku anak number 5. Adik bawah aku lelaki, so kira aku ni bongsu perempuan la. haha.. nak jugak jadi bongsu kan. Oklah, sampai sini jer, lain kali sambung lagi yer. xoxo..

My love family(tanpa ayah)



No comments:

Post a Comment