Friday, 7 March 2014

Engagement day Eyja & Duan

Alhamdulillah..syukur kepada Allah swt kerana pada 18 Januari lepas, aku dah selamat bergelar tunangan kepada seorang lelaki. hihi.. dah tentulah boyfriend tercintaku tu.. yeahhh..finally, one step closer.. happy sangat-sangat.. Actually, rancangan asal nak bertunang bulan 12, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa la tangguh kan sampai Januari. Alhamdulillah jugak sebab segalanya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. 

Persiapan untuk majlis tunang pon banyak kena buat tau. So, aku nak share sikit-sikit la apa yang aku dah buat aritu, mane la tau berguna untuk korang nanti. 

Okey, benda pertama yang aku pikir adalah hantaran. Untuk majlis pertunangan kebanyakan orang akan lebihkan kuih-kuih dan manisan. So, tak banyak belanja sangat sebenarnya untuk hantaran pertunangan ni. Tapi terpulanglah pada individu masing-masing kan. Macam aku memang bagi yang simple-simple jer dan semua hantaran aku akak aku yang buatkan. Means,  aku just belikan barang-barang yang nak bagi dan akak aku yang gubahkan semuanya. So, ni lah sedikirt hasilnya.










Baju. Bagi aku ni perkara terpenting untuk perempuan. Semestinya nak kelihatan cantik dihari pertunangankan. So, sape- sape yang rasa nak tempah baju eloklah tempah awal-awal tuk elakkan kelam kabut macam aku aritu. Hahaha.. Masa majlis aku memang ingat nak beli jer baju. Pilih punya pilih tak tahu berkenan yang mana. Pergi ngan orang lelaki ni susah sikit, semua die cakap cantik. So, aku plak confius sampai la tak terpilih. Last-last aku buat keputusan nak sewa jer baju kat butik.


Pelamin. Zaman dulu mana ade pelamin-pelamin bagai pon untuk majlis tunang. Masa kahwin baru sibuk cari pelamin kan. Tapi sekarang.. tunang pon nak kena ada pelamin. Adoi, pening gak sebenarnya. Ikot aku memang tak nak pon pelamin-pelamin ni tapi sebab kesuntukan masa nak hias-hias bilik plak, aku pon ikot jer la perancangan akak aku suh sewa pelamin. Senang sebenarnya sebab tak payah nak pikir banyak-banyak sebab semua orang yang pasang uruskan, aku tinggal duduk dan amek gambar jer.

Pelamin dari ita andaman
Ok, Settle benda-benda yang kena ada masa majlis tu nanti. Tapi aku tambah lagi satu iaitu doorgift. Jarang orang bagi doorgift masa majlis tunang ni, tapi aku suka-suka jer nak kasi sebab doorgift tu aku buat sendiri jer. Hihi.. Kan dulu aku ada beritahu aku ada buat bisnes brooch, so, aku kasi lah brooch aku sebagai doorgift! hehe..sambil-sambil promote la sebenarnya. Alhamdulillah, ramai yang suka dapat doorgift aku ni. 

Handmade brooch dari instagram thebutangboutique

So, aku share kan sikit gambar-gambar masa majlis aku tu yer. :)




Bakal ibu mertuaku.. :)
Encik tunanganku


Alhamdulillah..selesai semuanya. Skang dah start kena prepare untuk majlis kahwin nanti.  Moga-moga dapat tahan dugaan alam pertunangan ni..Doakan kami yer..

Daaa... :)


Friday, 3 January 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum..

Walaupon dah lewat 3 hari, tapi still nak wish Happy New Year 2014 kat semua orang yang tengah baca kat sini.. Sekarang kita dah tinggalkan tahun 2013 kat belakang, so kita mesti terus pandang kedepan dengan penuh keyakinan dan azam yang baru. Azam? Rase macam baru jer buat azam tahun lepas, dah kena buat azam baru lagi. hihi.. Azam aku tahun lepas semua dah tercapai kecuali bab kawen-kawen belum settle. Actually nak buat majlis pertunangan hujung tahun dan majlis kahwin tahun ni, tapi sebab ada masalah-masalah tertentu, terpaksalah tangguh tahun ni dua-dua sekali.. Sabar la menanti kad undangan aku yer.. Hahaha..

Terima kasih gak kat yang maha pencipta kerana memudahkan hidup aku sepanjang 2013. Yang ditarget semua dapat dan yang tak dirancang pon Insyaallah bakal menyusul. 

Lagi satu, memang takde dalam pernacangan jugak nak jadi crafter separuh masa tahun ni, tapi Alhamdulillah bermula bulan November aritu, aku dah ada online shop sendiri. Aku menjual brooch-brooch handmade kat instagram dan facebook. Daripada hobi biasa kepada kerja separuh masa.. :) Sambutan sangat-sangatlah menggalakkan. Korang yang berminat nak tengok boleh la jenguk-jenguk kat Instagram aku #thebutangboutique. Kat facebook aku belum start update lagi memandangkan order kat instagram yang tak putus-putus lagi sejak awal pelancaran aritu. Alhamdulillah.. Nanti aku akan buat entry special untuk online boutique aku tu k.. 

Okey, berbalik pada azam tahun baru aku. Azam aku tahun ni nak kawen jer.. Boleh tak cmtu? Nak menyempurnakan separuh daripada iman. Hahaha.. Alhamdulillah, rasanya aku dah dapat segala yang aku nak, so, tahun ni just buat persiapan untuk majlis perkahwinan aku jer la.. Insyaallah tahun ni cuma belum tau lagi bulan berapa. Insyaallah..insyaallah..insyaallah.. Doakan aku yer.. :)

Sebelum tahun baru aritu, company aku ada Year End dinner kat Italiannies Paradigm Mall, So, aku selit-selitkan sikit gambar-gambar tu kat sini yer.. Akhir kata, 

HAPPY NEW YEAR 2014!!!!!








Babai...


Tuesday, 26 November 2013

GSC Company Trip ke Cameron Highland 2013

Assalamualaikum..
Cik Eyja masih lagi seorang blogger yer walaupon entry beliau sekali sebulan. hahaha.. Okey, berbalik pada tajuk di atas, hari tu company aku ada buat trip ke Cameron Highland. Walaupon dah banyak kali aku ke sana, tetap jugak aku nak pergi lagi memandangkan segala penginapan dan makanan semuanya ditanggung company. Alah, dah company nak sponsor bercuti, takkan nak tolak kan. Hehe.. Aku gerak pagi tu kul 8, smpai dalam kul 12.

Kali ni, aku stay kat Equatorial Hotel. Okey, nak bagitau la yang hotel ni punye makanan memang sedap lah, terbaik kot!! Kalau korang nak datang sini boleh la stay Equatorial ni tau. Tapi ikot tekak masing-masing la kan. Bagi aku makanan dia semua sedap-sedap dan puas hati la aku makan.. Hehe..
Sampai-sampai bilik nampak katil camni pastu sejuk plak terus rase nak tido. hah..camne tu? 


Aku dapat rehat kejap jer sebab terus ada Telematch kul 3 tu. Telematch tu game-game dia simple jer tapi enjoy la. Aku group A dan dengan bangganya aku nak umumkan yang group aku number 1. Yeaaaa.. seronoknyer..

Muka happy sebab menang!!

GSC members.. :)
Malam tu dapat makan steambot sedap giler kat hotel tu. Sampai buncit-buncit perut aku makan sebab tamak sangat nak makan semua.. Hahaha..After makan ade game sikit kat dewan hotel pastu terus ada penyampaian hadiah untuk pemenang Telematch petang tadi.

Ni boss besar GSC
Ni group yg menang!! yeaaaa... :)

Okey, Esoknya baru lah kami semua start jalan-jalan. Tempat first sekali kami pergi adalah Lavender Farm. Siapa yang suka bunga-bunga wajib lah singgah kat sini. Rasa macam nak menari hindustan jer bila tengok banyak jenis bunga kaler-kaler camtu. Kat sini name jer Lavender Farm,  tapi macam-macam jenis bunga ada.


Sibuk bergambar ngan bunga2..
Lepas tu, kami sambung lawatan ke Bee Farm. Kat sini ade tempat penternakan lebah. So, siapa-siapa yang suka makan madu boleh la cari kat sini. Sini cam tak best sangat sebab tak banyak tempat menarik pon nak bergambar. huhu..


Sambung ke Butterfly Garden pulak. Kat sini best sebab dapat bergambar ngan banyak rama-rama. Rasa excited sikit la sebab dapat pegang-pegang rama-rama tu. 

Tadaa..geng-geng jakun semuanya..
Tempat seterusnya yang kami pergi adalah Cactus Point. Kat sini macam-macam jenis cactus ada. Semuanya comel-comel belaka. Aku ni memang setiap kali pergi Cameron mesti nak beli cactus. Tapi sebab dah banyak kali pergi tu la aku tak beli kat sini, hehe..sebab aku tahu kat pasar malam selalunya lagi murah. Kalau ada yang tak tahu, harga cactus adalah dalam anggaran enam sepoloh ringgit atau 7 sepoloh ringgit. Tapi kat pasar malam korang boleh dapat dalam 8 sepoloh ringgit. So, pandai-pandai la korang yer. Hehe..



Eh, lupa nak bagitau aku ade beli menatang ni sebab dia comel sangat. Marble Glow in the dark. Macam-macam jenis binatang yang comel - comel ada kat situ. Tapi sebenarnya mahal tau. Sebiji jer dah RM6, aku beli 4 biji dia bagi RM20. Aku aim nak letak dlm bilik aku bagi bercahaya sikit bila nak tidur malam. Keychain yang kecik tu pulak 3 biji RM10. Hahaha..membazir betul la..

After penat, balik la makan tengahari kat hotel tu. Dalam kul 3 sambung lagi jalan-jalan ke Ladang Teh atas bukit tu. Fuhh..giler seram la naik ladang teh pakai bas mini skolah kaler oren tu. Giler berdegup kencang jantung aku ni setiap kali bertembung ngan kenderaan lain kat selekoh-selekoh curam tu. Tobat tak nak naik dah pasni sebab aku memang jenis gayat tahap maksima kan..huhu..




fefeling ombak rindu gitueee..
Lepas habis sesi bergambar kat Ladang teh ni, semua orang pon balik la dengan riangnya. Malam tu pergi pasar malam dan terus tidur. Sejuk giler malam tu sampai menggigil-gigil nak tidur. Aku tidur dengan jacket and stokin lengkap semua macam nak berjalan dah. Hahaha.. Tapi sebelum tidur makan strawberry coklat yang aku beli kat pasar malam tadi.. Nyum nyumm..


Esoknye sebelum balik pergi shopping dulu la pape barang yang nak bawak balik untuk kawan-kawan, family dan housemate. hihi.. Overall, Cameron Highland sentiasa best walaupon dah sepoloh kali pergi pon.. Hahahaha..



Babai Cameron Highlands!! muahh..


Wednesday, 18 September 2013

BFF Wedding!!

Seminggu selepas raya haritu, aku dengan kawan-kawan aku telah terbang ke Sabah untuk majlis perkahwinan IZYAN HAZWANI. Kami panggil dia Izzy. Dia la antara salah seorang kawan baik aku masa study dulu. Tak pernah sangka dia kahwin dulu antara kami semua. Sedih plak rasa sebab dia dah tak boleh join geng single lagi.. Waaaa..sedih sangat.. Ni nak kena cepat-cepat kahwin ni.. 

Tiga serangkai.. skang dah tinggal dua rangkai jer..
Our friendship is awesome!!



Izzy,
Selamat Pengantin Baru..
Selamat bergelar isteri pada pujaan hati..
Selamat memikul tanggungjawab bersama kekasih abadi..
Aku doakan dikau bahagia..
Aku doakan moga tiada sengketa..
Moga kasih abadi hingga hujung nyawa....

Selamat berbahagia sahabat!!
much love..

xoxo

Tuesday, 27 August 2013

Salam Aidilfitri yang ke 20..


Assalamualaikum..

Dah nak habis raya baru sibuk nak update entry raya kan. Busy betul aku sekarang, tak ada masa nak jenguk blog yang dah bersawang ni. Just nak wish Selamat Hari Raya kat semua yang sudi baca blog ni. Biarpun dah raya ke-20 tapi still dalam bulan Syawal kan. Hahaha..

Raya aku biasa jer macam tahun-tahun sebelumnya. Cuma tahun ni banyak berjalan sikit la sebab dah ada kereta sendiri. Sebelum ni aku banyak duduk kat rumah jer tengok tv. huhu.. 

Di kesempatan bulan Syawal ni aku nak mintak maaf la kat semua orang andai ada terkasar bahasa, tersinggung hati, atau apa-apa perbuatan yang tidak disenangi sepanjang aku berblog ni. Aku nak cerita panjang pon memang masa tidak mengizinkan. So, letak la gambar sekeping dua menandakan aku masih wujud dalam dunia blog ni. Hahaha..







Dan Alhamdulillah aku telah dirisik secara tidak formal oleh bakal emak mertuaku di pagi raya ke-4. Hehe.. Moga segalanya dipermudahkan.

Amin..