Friday 3 January 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum..

Walaupon dah lewat 3 hari, tapi still nak wish Happy New Year 2014 kat semua orang yang tengah baca kat sini.. Sekarang kita dah tinggalkan tahun 2013 kat belakang, so kita mesti terus pandang kedepan dengan penuh keyakinan dan azam yang baru. Azam? Rase macam baru jer buat azam tahun lepas, dah kena buat azam baru lagi. hihi.. Azam aku tahun lepas semua dah tercapai kecuali bab kawen-kawen belum settle. Actually nak buat majlis pertunangan hujung tahun dan majlis kahwin tahun ni, tapi sebab ada masalah-masalah tertentu, terpaksalah tangguh tahun ni dua-dua sekali.. Sabar la menanti kad undangan aku yer.. Hahaha..

Terima kasih gak kat yang maha pencipta kerana memudahkan hidup aku sepanjang 2013. Yang ditarget semua dapat dan yang tak dirancang pon Insyaallah bakal menyusul. 

Lagi satu, memang takde dalam pernacangan jugak nak jadi crafter separuh masa tahun ni, tapi Alhamdulillah bermula bulan November aritu, aku dah ada online shop sendiri. Aku menjual brooch-brooch handmade kat instagram dan facebook. Daripada hobi biasa kepada kerja separuh masa.. :) Sambutan sangat-sangatlah menggalakkan. Korang yang berminat nak tengok boleh la jenguk-jenguk kat Instagram aku #thebutangboutique. Kat facebook aku belum start update lagi memandangkan order kat instagram yang tak putus-putus lagi sejak awal pelancaran aritu. Alhamdulillah.. Nanti aku akan buat entry special untuk online boutique aku tu k.. 

Okey, berbalik pada azam tahun baru aku. Azam aku tahun ni nak kawen jer.. Boleh tak cmtu? Nak menyempurnakan separuh daripada iman. Hahaha.. Alhamdulillah, rasanya aku dah dapat segala yang aku nak, so, tahun ni just buat persiapan untuk majlis perkahwinan aku jer la.. Insyaallah tahun ni cuma belum tau lagi bulan berapa. Insyaallah..insyaallah..insyaallah.. Doakan aku yer.. :)

Sebelum tahun baru aritu, company aku ada Year End dinner kat Italiannies Paradigm Mall, So, aku selit-selitkan sikit gambar-gambar tu kat sini yer.. Akhir kata, 

HAPPY NEW YEAR 2014!!!!!








Babai...