Friday 28 June 2013

Recycle craft dari surat khabar lama..

Assalamualaikum..

Ponnn..Ponnn...Surat khabar lama...surat khabar lama.. Ponn..Ponnn...

Pagi-pagi hari minggu mesti ada apek bawak lori kutip paper lama kan. Hahaha.. Dulu masa kecik-kecik, pernah jugak la aku menjual barang-barang recycle ni untuk dapat duit poket. Tapi aku jual tin-tin minuman kosong tu. Berpeluh-peluh keliling kampung ngan member-member semata-mata nak cari tin-tin minuman yang orang buang tu. Dapat la paling banyak RM5, pastu kena kongsi plak ngan kawan-kawan lain kan. Masa tu dah kira banyak sangat la kononnya. Hehehe.. Kelakar plak bila imbas memori zaman kecik-kecik dulu. Oklah, harini aku bukan nak cerita pasal tin-tin recycle tu, tapi aku nak cerita pasal surat khabar lama. Apa yang boleh kita buat dengan surat khabar lama tu selain dari dijual kat apek bawak lori tu dengan bayaran yang sudah semestinya tak berapa banyak tu. 

Harini aku bukan nak buat tutorial, just nak share jer ape yang aku dapat buat last weekend sebab benda-benda yang aku buat ni pon semua aku tiru jer dari video-video kat YouTube tu. Korang boleh search jer pasal barang-barang craft ni, sure selambak keluar nanti. Nak tak nak jer cuba. Hahaha..



Aku suka buat craft sambil melayan drama Korea. So, mata pandang PC, tapi tangan tetap jalan. So, dua kerja dapat disiapkan dalam satu masa. Kan seronok macam tu. Masa jimat, hasil hebat..Hahaaha.. Angkat bakul sendiri nampak... Okey, craft yang aku buat ni just pakai surat khabat lama jer sebagai bahan utama. So, dapat la jimatkan duit disamping menjaga kebersihan alam sekitar kan. 

Craft yang aku buat ni lebih kepada tempat untuk simpan barang-barang kecik. Dengan kata lain bekas untuk simpan kerongsang khususnya. Memang masa aku buat ni dalam kepala aku nak simpan kerongsang jer..Hahaha..

So, inilah hasilnya setelah berhempas pulas selama beberapa jam.. 


Ini hasil yang pertama. bebunga kuning sebagai hiasan.. 

See..dalamnya boleh bukak n simpan something.. :p

Say hi to this ladybird! 


Yeeaa..lepas siap dua ni dah letih dah sebenarnyer.. Tapi still nak try satu lagi..
Eh..ape agaknye ni?
Jeng jeng jeng...Sang kura-kura menyusul.. kalerful lagi tu..susah giler nak kaler camtu tau.. Haha..



Inilah hasil cuti-cuti aku kali ni..

Selamat bertemu lagi yer..

Babai..

Monday 17 June 2013

Jalan-Jalan Cari Makan ke Melaka

Salam semua..

Haritu aku dapat meluangkan masa pegi ke Melaka bandaraya bersejarah. Pergi sana memang tanpa tujuan pape pon melainkan nak jalan jalan dan makan-makan jer.

Aku pergi ngan Lydia n Nessa. Kami gerak seawal 10 pagi hari sabtu..awal ker? Hahaha.. Kami singgah sekejap di majlis pertunangan saudari Tqa kat banting..duduk-duduk, sembang-sembang n makan-makan sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

Selamat menempuh alam pertunangan Atiqah.. :)

Kami menyambung perjalanan dan sampai kat Melaka dalam pukul 5 petang. Kami menginap di Prima hotel. Berehat kejap dan terus bersiap untuk makan malam. Kami google-google dulu tempat makan yang menarik kat Melaka ni. Akhirnya kami sepakat nak makan kat Alai..

makan sampai kenyang..
Lepas makan terus singgah kat Jonker Walk tuk sesi cuci-cuci mata. Aku suka pergi Jonker Walk tu sebab banyak benda-benda menarik yang diorang jual kat sana..Aku suka kalau dapat tengok benda-benda pelik dan unik ni. Ada jugak la aku beli sikit-sikit cenderahati untuk diri sendiri..haha..After penat jalan-jalan terus balik tido tak sedarkan diri sampai pagi.

me,Nessa n Lydia


Esoknya, di sebabkan pada waktu kejadian Malaysia dilanda jerebu yg pada tahap agak membahayakan..kami semua gigih mencari mask.. dah tau jerebu tapi masih sibuk nak berjalan kan..hihi..kami tetap meneruskan jalan-jalan cari makan seperti yg telah dirancangkan. Kami nak makan nasi ayam kepal sebab haritu nampak sedap jer dalam rancangan jalan-jalan cari mkn kat tv..so dah lama  mengidam la ni..So..kami terus bergerak ke sana berpandukan gps dan nampak la kedainya. Agak ramai jugak orang kat sana.

Nasi ayam kepal
Sedap nasi ayam kepal ni..rasa dia mcm nasi ayam jugak cuma nasi nya di kepal-kepal dan sotong goreng masak cili die memang serius sedap..kalau korang datang wajib order skali sotong goreng dia tu tau.. Kami sampai  bertambah makan nasi sebab sedap dan lapar sangat. Haha..

Lepas kenyang nak pergi minum coconut shake pulak kat Klebang. Memang ramai betul manusia beratur nk beli dan tapau coconut shake kat situ. Dia buat dua tempat asing utk tapau n makan. Bagus gak la servis dia kat sana. Cepat dan pantas.

beratur untuk tapau cocnut shake..
Tapi yang pentng sekali coconut shake die memang terbaik..rasa sayang jer nk habiskan segelas tu..minum sikit-sikit jer sbb nk menikmati rase sebenarnya. Haha..punya la sedap kan..Sapa-sapa yang memang nak cuba rasa memang aku rekemenkan sgt coconut shake kat Klebang ni.. meleleh air liur teringat semula kesedapannya.. giler tak senonoh kan..haha..


Inilah coconut shake yang sedap melampau tu. Harga segelas adalah rm2.50 sahaja.
Aku siap tapau lagi utk bekalan di rumah.


Oleh kerana jerebu semakin teruk dan sekitar kawasan Melaka telah diistiharkan darurat..kami pon pulang..hahaha..

 Sekian terima kasih..

Friday 14 June 2013

Roti Nan Cheese terbaik dari ladang!!

Hallo...

Sebenarnya dah lama dengar-dengar cerita pasal Roti nan cheese ni. Ramai yang dah share kat blog, instagram, muka buku dan sebagainya. Tapi aku baru berpeluang nak rasa minggu lepas.


Inilah kedai yang disebut-sebut tu. RSMY house of real Beriani. Masa aku n de geng sampai malam tu, boleh tahan ramainya orang. Nasib baik dapat seat untuk kami duduk. Sampai-sampai jer terus diorang datang bagi menu.





So, inilah menunya.. Aku letak kat sini eksklusif tuk korang tengok. Nanti kalau rasa nak pergi boleh terus rancang nak makan apa kan. Baik betul aku ni. 

Sebab tujuan asal memang nak makan roti nan cheese yang sedap melampau seperti yang diceritakan oleh ramai orang, kami pon sepakat nak makan roti nan cheese sorang satu. Punya lah tamak kan. Langsung tak nak share. Kami order jugak ayam Tandoori untuk melengkapkan makanan. Hahaha.. 

Service kat sini kureng sikit kot sebab lambat giler aku tunggu nak dapatkan roti nan cheese tu. Dekat sejam kot. Dah la datang memang perut tengah lapar. Tapi..tapi.. aku just positifkan diri sendiri jer la waktu tu. "Mesti sedap ni sebab dah tunggu lama ni.." Haha..


Sementara menunggu, terpaksalah amek gambar untuk menghilangkan kebosanan..hihi..


Ni peneman pada hari kejadian : Lydia & Angah
Setelah sejam lamanya menunggu, akhirnya makanan pon sampai. Sebelum aku dapat tu aku ingatkan roti nan die besar macam roti nan biasa yang selalu aku makan kat mamak depan rumah aku tu. Rupa-rupanya size roti nan cheese ni kecil sikit la kalau nak dibandingkan dengan yang biasa aku tengok tu.


Dalam hati terus cakap, kecik jer ni..kejap jer boleh habis. Aku pon rasa lah sikit roti nan cheese terbaik dari ladang ni. Bila tarik jer sepotong, cheese pon melimpah-ruah keluar dari perut roti tu..Haha.. Ayat tak boleh blah..nak gempak jer kan. Tapi serius tau, cheese die tebal dan gebu sangat. Aku gigit sikit.. Sedappppnyerrr...terus makan dengan lahapnya.. Tapi, setelah makan 3 potong, terus kenyang giler perot ni padahal tadi lapar sangat kononnya. Makan sikit dah penuh rasa perut. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.. Sapa nak habiskan ni. Tu la, order sorang satu tadi! Nak ajak kongsi semua taknak. Hahaha.. So, untuk tak membazir kami tetap sumbat jugak semua makanan tu dalam perut. Tapi, sumpah kenyang nak mampos kot.


Cheese yang melimpah ruah..

After kenyang, kami terus balik rumah sambil urut2 perut sebab terlalu penuh. So, kalau ada sapa-sapa nak try makan roti nan cheese, aku memang rekemen untuk try makan kat sini..

Sekian...

Wednesday 5 June 2013

Pengalamanku di rumah anak-anak yatim

Assalamualaikum..

Pagi yang indah pasti berakhir dengan hari yang indah. Ceritanya bermula apabila salah seorang kawan aku pernah berniat bahawasanya gaji pertama bekerja akan dibahagikan sedikit bersama anak-anak yatim. So, kalau dah berniat tu, kalau tak ditunaikan rasa macam ada jer yang tak kena kan. Selagi tak terlaksana rasa diri macam berhutang sesuatu kan. 

2 June - Bagi merealisasikan niat kawan aku tu, aku bersetuju menemankan dia ke rumah anak-anak yatim tersebut dengan rela hatinya. Tengah merancang, seorang lagi kawan aku nak join sekali. So, kami pergi bertiga lah. Ni merupakan pengalaman pertama aku berkunjung ke rumah anak-anak yatim ni. So, sedikit teruja dan ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak di dalam dada. hoho.. Melebih-lebih pulak kan. Tapi itulah yang aku rasa. Perancangan asalnya kami nak berkunjung ke rumah anak-anak yatim Darul Izzah. Tapi, bila kami sampai di sana, tak ramai kanak-kanak yang tinggal kerana kata mereka ramai antara mereka pulang ke rumah saudara mara memandangkan sekarang cuti persekolahan. Sedikit terkilan rasanya bila yang dirancang tidak berjalan lancar. Tapi memang salah kami juga berkunjung tanpa memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu.


Lydia, Aku n Neesa..


Ternyata dugaan yang sedikit itu tidak langsung mematahkan semangat kami untuk meneruskan tujuan asal ke sana. Setelah meninggalkan sedikit bekalan buat kanak-kanak di sana, kami menukar rancangan asal dan meneruskan perjalanan ke rumah anak yatim Nur Hikmah. Tapi, terlebih dahulu kami memaklumkan kepada pengetua di sana mengenai kedatangan kami. Tidak mahu kesilapan yang sama berulang kembali.

Sedikit bekalan buat mereka..
Apabila sampai di sana, kami bertemu pengetua rumah tersebut. Kami meninggalkan sedikit bekalan makanan dan masuk bertemu dengan kanak-kanak di sana. Walaupon sedikit kekok pada mulanya, kami berjaya menyesuaikan diri dengan mereka. Kami melihat sekeliling tempat tersebut dan timbul sedikit perasaan simpati tentang nasib mereka. Mereka duduk beramai-ramai dalam rumah yang agak kecil dan agak sesak dengan macam-macam barangan. Pakaian mereka hasil dari pemberian orang-orang ramai.   Sedikit sebak melihat mereka memilih-milih baju dan terus tersenyum bila mendapat baju yang sepadan dengan mereka. Tanpa jenama dan tanpa harga. Sungguh tersentuh perasaan ku ketika itu. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang aku miliki harini Ya Allah. 











Sungguh seronok dapat melihat senyuman dan mendengar gelak tawa mereka.


Pada hari tersebut juga, aku dan Lydia sememangnya merancang satu suprise party untuk Neesa yang baru saja menyambut hari lahirnya beberapa hari lalu. Kami merancang untuk menyambutnya bersama kanak-kanak di sana. Dapat la berkongsi suasana dan kemeriahan bersama mereka. Suprise tu ternyata menjadi! Neesa langsung tak sedar yang kami telah sorokkan kek tersebut dalam kereta dia sendiri. Tapi terima kasih yang tidak terhingga kepada Shahril dan Fizi yang susah payah membelikan kek tu untuk kami. Nyanyian lagu Happy birthday dan Allah selamatkan kamu dari kanak-kanak cilik itu ternyata menggembirakan hati semua. Semoga Neesa akan ingat sambutan birthday dia tahun ni sebagai sesuatu yang amat bermakna.

Moga panjang umur dan berbahagia sentiasa.. 



 Pengalaman sebegini merupakan sesuatu yang baru bagi aku dan ianya meninggalkan kenangan yang sungguh beerti untuk diingati. Semoga bertemu lagi adik-adik manis. Semoga menjadi anak yang berguna di masa depan okey! Nanti kakak datang lagi yer..

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana sesungguhnya masih ramai lagi yang kurang bernasib baik di luar sana. Jangan bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas, tetapi bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di bawah, kerana baru kita akan mengerti apa makna bersyukur.

Alhamdulillah..


Sunday 2 June 2013

Sabturdayyyy...

Haloo.. 
Dah sebulan rasanya aku tinggalkan blog ni. Dah bersawang pon. Hehe.. Just nak share kesibukan weekend aku minggu lepas.. Hari sabtu yang penuh dari pagi sampai malam. 

Pagi..
Pagi-pagi lagi dah plan nak pergi service kereta. Malangnya kedai tutup sebab aku lupa harini cuti Agong. Adoii.. Kecewa betul! 

Tengahari
Pergi makan kenduri kat Taman Desa. Kawan aku masa sama-sama PLKN dulu yang kahwin.  Pengantin ni dua-dua dari PLKN aku dulu tau! Tapi diorang bukan bercinta dalam kem la, masing-masing dah kerja, bertemu semula dan memang ditakdirkan Tuhan jodohnya bersama. Sweet jer kan! Sebab tu la orang selalu kata yang kita takkan tahu jodoh kita ni dengan siapa selagi kita belum berkahwin. Yang bercinta 7 ke 8 tahun pon ada lagi yang putus dan tak semestinya akan kekal kan. Macam kawan aku ni, jumpa dan kenal hati budi dalam 3 bulan terus tunang dan kahwin. Itulah kuasa jodoh. 



Tahniah diucapkan, moga kalian kekal hingga hujung nyawa.

Petang
Pergi tengok Premier Class movie kat GSC Signature Garden. Macam biasalah, sebagai staff aku boleh redeem untuk tengok Premier class and Gold class kat mana-mana GSC kan. Aku tengok Fast & Furious 6. Memang agak ketinggalan la kan sebab orang lain semua dah tengok kan. Hahaha. Ape pon, movie tu memang superb.




Malam
Pertama kalinya dalam sejarah aku pergi stadium tengok bola. Pahang lawan Johor. Memang best rupanya tengok bola ni. Patut la selalu ramai jer orang bila time tengok bola kan. Penyokong kedua-dua negeri memang sangat-sangat sporting. Memang lepas ni aku akan selalu pergi tengok bola rasanya bila dah tau camna bestnya dapat tengok penyokong bersorak-sorak, lebih-lebih lagi bila pasukan mereka dapat jaringkan goal.




Separuh masa pertama memihak pada Pahang. Malangnya kemenangan ternyata milik Johor bila mereka berjaya menyamakan agregat pada separuh masa kedua dan seterusnya menggunakan kelebihan gol di tempat lawan. Jujurnya aku rasa Pahang main lagi best kot sebab serangan tak berhenti-henti dari awal sampai akhir perlawanan. Bukan sebab aku orang Pahang tau, tapi aku tengok dari mutu pertandingan antara kedua belah pasukan. Ape pon, tahniah buat Johor dan aku harap dapat tengok perlawanan akhir antara Johor menentang Kelantan.. Majulah sukan untuk negara! (tetiba)

Sekian laporan aku untuk hari sabtu yang sangat memenatkan. 

Adios Amigos..