Wednesday 24 April 2013

Tutorial : Cara-cara membuat pokok bunga hiasan.

Haloo....Salam Satu Malaysia..



Seperti dijanjikan, harini aku nak tunjuk cara-cara nak buat pokok bunga hiasan menggunakan bunga rose yang kita buat dari kertas haritu. Rujuk entry sebelum ni yer kalau ada yang tak tahu. Caranya mudah tapi memerlukan masa sikit. Ok, cakap banyak pon tak guna, mari kita tengok tutorial yang aku dah sediakan kat bawah. Tak paham boleh tanya yer..



Bahan-bahan :

1. Pasu bunga 
2. Gabus bentuk bulat 
3. Batang kayu/pokok
4. Kapur ( kapur simen)
5. Kain tuk buat riben
6. Hiasan dalam pasu (daun2 plastik)



Benda paling penting mestilah bunga rose kertas yang kita buat dulu kan!
Buat banyak-banyak tau.


Cucuk kan batang kayu tadi kat gabus bulat tu. Apa-apa kayu pon boleh yer.. 
Nak pakai ranting kayu yang betul pon boleh asalkan keras tau..


Mulakan dengan gam bunga rose kat gabus bulat. Gam kan dari bawah ke atas seperti gambar. 
Gamkan menggunakan gam pistol yer supaya tak tercabut nanti. Gamkan keliling gabus tu sehingga penuh semua ruang yang ada.


Tadaa..sudah penuh!! Gam rapat-rapat jangan ada ruang nanti tak cantik.


Balutkan batang kayu tadi supaya nampak lagi menarik. Balutlah guna kreativiti masing-masing. 
Aku just balut pakai kertas yang kilat-kilat jer. Kalau pakai original kayu tak perlu balut lagi supaya nampak lagi menarik dengan tekstur semulajadi kayu tu. Okey, asingkan kat tepi!



Pasu bunga and kapur simen ni beli kat Mr.DIY tau. 
Pasu bunga harga 4.50 and kapur tu harga 2.80 jer.


Bancuhkan kapur simen tu dalam pasu tadi.. 
Agak-agak je la air jangan cair sangat tau sebab kita nak dia kering and keras dalam pasu tu.


Then, cucukkan bunga yang dah kita buat tadi dalam pasu tu. 
Sementara kapur tu kering dan mengeras, terpaksalah kita pegang bunga tu sampai dia dah boleh berdiri sendiri..hahhaa.. Aku punya semalaman baru kering. So, takdelah aku nak pegang sambil tido pulak kan. Aku sandarkan dia kat katil tapi make sure tak senget tau. 


Yea..Esoknya bangun tido dah kering!! So, masukkan daun-daun hiasan plastik supaya nampak lagi cantik. Apa-apa hiasan pon boleh berdasarkan kreativiti masing-masing ok. 


Reben : Aku jahit sendiri jer pakai tangan.
Buat simple-simple jer asal nampak macam reben.


Tadaaaa...Dah siap. Ok tak? Ok tak? Kalau rasa menarik boleh la cuba yer.
Pasu bunga ni boleh dijadikan hiasan dalam rumah atau di meja office yer. Aku punya dah selamat landing kat office ni haaa.. Bila tengok rasa tenang jer..hihi..

Aku dan bunga di opis!! hehe..

SELAMAT MENCUBA !!!

Friday 12 April 2013

Tutorial : Cara-cara membuat bunga rose dari kertas part 2


Hai, harini aku nak tunjukkan cara buat bunga rose yang lagi simple dari yang sebelum ni (Part 1), tapi still menggunakan kertas. Cara ni senang yang teramat-amat sangat okey, tak perlu kerutkan dahi pun untuk buat satu bunga rose. Okey, aku tunjukkan kat bawah yer.


First potong kertas berbentuk bulat seperti gambar di atas.



Guntingkan dari hujung kertas sampai ke pusat kertas dengan jarak yang sama sehingga berbentuk seperti ubat nyamuk.



Yes..gunting seperti gambar di atas yer..


Gulungkan dari hujung kertas tu sehingga ke tengah kertas.



Gamkan bahagian hujung kertas dengan bahagian hujung gulungan tersebut.
Biarkan kering seketika.


Tadaa.. inilah bunga rose yang sangat simple lagi senang.. Hanya gunakan kertas dan gam jer.. 
Tapi..tapi..nak tau tak apa yang kita boleh buat dengan bunga rose kecik ni? Nak tau? 
Aku akan wat tutorial tentang pokok bunga hiasan menggunakan bunga rose dari kertas ni.. 
Sila baca entry seterusnya okey..

Tata..