Friday 22 February 2013

BFF - Mini reunion

Assalamualaikum.. 
Tengah buat apa tu? Aku tak buat apa-apa pon. Duk melangut je kat office ni. Keje semua dah siap. Bukak-bukak blog boleh la share-share cerita sikit kan. hehe.. Actually last weekend aku sempat la keluar jumpa BFF aku yg sepuluh orang tu. But, hanya dapat kumpul 9 orang jer. Biasa lah bila masing-masing dah bekerjaya ni, ada je yang akan tertinggal kan bila nak kumpul reramai kan. Adat la tu kan. Meh nak kenalkan BFF aku kat korang ek. Kitorang semua ni kenal masa study kat UPM dulu and sekarang semua dah grad pon. Tahniah la masing-masing yer. Walaupon macam-macam kerenah masa study dulu, Alhamdulillah semua dah grad dengan jayanya. 

10 minus 1..
Dari kiri, Syeera, Baby Iman, Angah, Tqa, Neesa, Izie, Zura, Aku, Lydia n Ili.
Jalan-jalan kat Alamanda

makan kat Wong Solo Bangi.

ni Ana, yang tak dapat nak join pada hari kejadian

Dalam kawan-kawan yang sepuluh orang ni, sorang je yang dah kahwin and dah ada seorang anak. Yang lain masih menghitung hari-hari bahagia yang entah bila nak tiba. Haha.. Kami ni ramai yang stay area KL jer, tapi nak jumpa pon payah, biasalah bila masing-masing dah sibuk kan. So, sekali sekala ada mini reunion camni, dapatlah masing-masing lepaskan rindu and update kisah hidup. 


Sahabat,
 Jauh mana kalian berada, dengan siapa kalian bersama, aku tetap akan merindu saat-saat kita masih bersama, mengayam memori dan mimpi indah untuk diingati pabila berusia nanti.  Sahabat, sesungguhnya aku tak sempurna, tapi kaulah yang menyempurnakannya. Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik. 

xoxo
Saliza

Thursday 14 February 2013

Meet my Molly..

Tiada apa yang mampu menggembirakan kita selain melihat satu persatu impian yang kita idamkan tercapai kan. Begitu jugak aku. Impian aku nak beli kereta dah pon terlaksana. Biar pon lambat tapi aku gembira sebab aku beli kereta idaman aku dengan titik peluh aku sendiri tanpa mengharapkan ihsan orang lain. Betul lah kata pepatah, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih" Lepas ni senang lah nak bawak mak aku pergi jalan-jalan. Eh, lupa plak, aku namakan kereta aku Ms Molly tau. hehe..

Tapi, first time aku naik kereta ni, tiba-tiba jer air mata ni mengalir, aku tak cakap pape pon, tapi en bf dah tegur, die cakap kalau ingat kat arwah ayah, sedekahkan Al-Fatihah and banyakkan doa untuk dia. Emmm..macam tau-tau je aku sedih and teringatkan arwah ayah. Ye la, dulu aku dah pasang impian dah nak tunjukkan kereta aku kat arwah ayah. Nak tunjuk aku dah berdikari and boleh beli kereta sendiri. Dah boleh diharapkan bila orang suruh drive. Dah boley bawak adik jalan-jalan naik kereta. Tapi, semua tu dah tak kesampaian. Takpelah, yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan kehidupan. Aku redha Ya Allah. Semoga ayah tersenyum di sana. Al- Fatihah.










Emm.. Aku takot plak if ada tersalah anggap plak bila tulis entry camni. Aku just nak share rasa gembira aku ngan kawan-kawan jer. Takde maksud lain pon okey. Jumpa di lain masa yer. 
Babai.

Tuesday 12 February 2013

Gala Premiere Gangster Celop

Allooo... 
Lama betul tak update blog ni kan.. Haritu bukan main lagi cakap pasni nak selalu update blog kan..hahhaa... Tak dapat den nak nolongnya..hehe.. Bukan apa, aku sekarang sibuk sangat mencari rezeki untuk bekalan di hari tua. Mana nak kerja, mana nak tidur, mana nak berblogging, mana nak berbisnes.. Penat tau. Anyway satu daripada wishlist aku dah pon tercapai. Tapi yang tu aku buat entry lain lah. Kali ni nak buat review pasal filem yang baru ni sempat aku tengok.



Sinopsis Filem Gangster Celop
'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.
Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan.
Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh untuk sekian lama. Apakah yang akan terjadi seterusnya??
Buat pengetahuan semua jugak, cerita ni adalah gabungan daripada 2 produksi hebat iaitu Skop Production dan Excellent Pictures. So, mesti semua dah dapat agak hasil untuk filem ni kan.


 Pendapat peribadi aku cerita ni memang best. Terhibur walaupon jalan cerita dia agak simple. Tergelak-gelak jugak aku dalam cinema tu. Banyak scene-scene kelakar yang buat ramai pecah perot. Actually, aku minat sangat ngan Hanis Zalikha, blogger yang famous and cun melecun tu. That why la aku gagahkan diri gak pergi preview ni walaupon aku tak berapa sihat masa ni. Hanis sangat cantik wooo..

Me and officemate, Ayu.

Hanis Zalikha, si cantik manis

Kamal Adli in da house

Reen Rahim

Wan, pelakon hantu kak limah tu


Okey, jangan lupa menonton Gangster Celop di pawagam berhampiran anda bermula 21 Februari ini.


Da di du...