Tuesday 1 January 2013

Happy New Year 2013!!

Assalamualaikum.. 

Selamat tahun baru semua. Kejap jer rasa setahun kan. Sekarang kita dah melangkah ke tahun yang baru. Doa aku, semoga tahun baru ni memberi lebih makna dalam hidup kita semua. Semoga tahun baru ni memberi kita kebahagiaan, keceriaan dan juga ketenangan. Dan semoga kita semua lebih bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. 

Okaylah, setiap kali menjelang tahun baru jer, aku percaya setiap orang dah simpan impian@azam kan! Aku pon sama la. Cuma bezanya tahun ni aku nak tulis kat blog ni azam and impian aku supaya aku dapat tengok semula n sedaya upaya berusaha untuk merealisasikannya. Kalau sebelum ni just ada azam jer, tapi kejap jer dah lupa. Hahaha.. Dah ada blog ni, kena la tulis kan. Lagipon blog ni dah macam diary aku je kan. Tak kisah pon if takda orang baca, sebab blog ni memang bersifat peribadi..Hihi..

Azam tahun baru aku adalah nak berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya dari segala segi. Itu sahaja. Simple tapi mantap.

Wishlist 2013
1. Kereta 
Kereta idaman aku dari azali lagi adalah Suzuki Swift. Kenapa minat Swift? Sebab lambang Suzuki tu huruf 'S'. S untuk Saliza. haha.. Alaaa..ramai perempuan pon minat Swift kan sebab sangat comel!!! Jatuh cinta sangat-sangat tau!

2. Gadjet
 Aku nak tukar Blackberry aku. Nak beli Samsung Galaxy Note 2. Kamera pon cantik. Nanti baru boley aktif berblogging bila dah ada note ni.. :)

3. Saving
Aku memang nak ada saving. Untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.. Cewaahh.. Sebab aku tau aku memang jenis payah sangat nak menyimpan, so sapa-sapa yang ternampak aku shopping bagai nak giler tu, silalah ingatkan aku yer... Boleh? 


4. Relationship
 Emm.. malu nak cakap kat sini sebenarnya. Encik Boyfriend kalau terbaca ni silalah ambil serius k. Hehe..  Kalau bolah tahun ni nak melangkah ke satu tahap lagi dalam perhubungan kami. Just doakan jer. Kalau dah jodoh, pasti bersatu juga kan. Amin.


Tu jer? Tu je lah kot.. Aku memang tak nak mintak banyak pon. Dapat semua tu dan dapat stabilkan hidup jer pon dah cukup. Kalau dapat lebih dari apa yang aku nak, tu kira rezeki dari Allah. Alhamdulillah. Korang camna plak? Jangan mintak banyak sangat nanti tak tertunai plak. Haha.. Lagi satu start this year korang akan nampak aku semakin aktif berblogging. InsyaAllah.

Akhir kata, semoga impian kita semua tercapai! Banyak kan berdoa, moga apa yang kita impikan akan jadi realiti suatu ketika nanti. Bila dah dapat apa yang kita impikan, jangan lupa mengucapkan syukur kepada yang Esa kerana dialah yang mengurniakan segala-galanya yang akan menjadi milik kita nanti. Selamat berusaha semua!!!

xoxo
SALIZA